Jan 20, 2013

Pengembaraan ke Switzerland (Note3sixty #switzerland#)

Hiiii....hari ketiga kami bertolak pula ke negara yang sering menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood di Eropah iaitu Switzerland. Kami bergerak lebih kurang jam 9 pagi local time menaiki chartered bus. Actually dari kejauhan di Milan kite boleh nampak dah pergunungan Alps...pagi ni sangat sejuk dalam 15 darjah celcius. Lepas je border Italy di Utara, terus jumpe Switzerland hehehe...actually negara dorang ni berjiran. Cuaca di Switzertland seperti yang kami jangka, memang sejuk, keadaan lembab sepanjang masa. 

Sepanjang-panjang perjalanan kami menaiki bas tu, aku sangat kagum dengan cara mereka membina jalan raya, sebab aku tak pernah jumpa negara yang sangat banyak terowong macam Switzerland ni, sebab negara dorang ni terletak di tengah-tengah Eropah, so bergunung-ganang lah..Mata pun tak berkelip melihat sajian pemandangan di luar...sangat cantik. Aku berangan seketika taknak balik Malaysia. Kami tiba di bandar Luzerne yang terletak di Tengah Switzerland pada kira-kira jam 3 petang. Bandar Luzerne ni nama lain die Lucerne. Antara bandar tumpuan pelancong dari serata dunia sebab kat sini korang boleh tengok pemandangan yang sangat cantik macam dalam cerita dongeng kanak-kanak. Ngeeee....Kalau korang nak tahu, populasi penduduk di Switzerland ni cuma 8 juta orang jer, hampir 2 juta daripadanya adalah warga asing. Tapi Switzerland adalah negara ke 4 terkaya didunia hehe. 2/3 dari rakyatnye bertutur dalam bahasa German sebagai bahasa utama sementara yang lain bertutur dalam bahasa Italy, Perancis dan Roman. Oleh sebab ituuuuu...jangan terkejut orang-orang kat sana actually bertutur dalam 4 bahasa sekali gus hehe. Pelancong dari Malaysia juga merupakan antara pelancong yang paling ramai mengunjungi Switzerland. Dalam top 10 jugak la, jadi tak menghairankan jika korang pergi ke butik-butik terkenal, dorang memang dah sediakan sales girl/man yang pandai berbahasa Melayu.

Aku rasa sangat selamat sepanjang berada di sini. Kalau korang nak tahu jugak, pisau-pisau rambo yang kite selalu tengok jual kat Malaysia harga beratus-ratus dalam rak kaca tuu semuanya berasal dari Switzerland. Dorang ni pakar dalam menghasilkan produk besi dan senjata selain dari jam dan cokelat. Soal makanan kat sini bagi aku kurang kena sket la dengan selera....dorang ni takde laut, sungai dengan tasik banyak la...kebanyakkan makanan dorang ni berasaskan ikan laut yang berhijrah ke sungai contohnye salmon, dannn makanan kat sini sangat mahal okay. Kami stay di dua buah bandar di Switzerland, 2 malam di Monopol Hotel, Lucerne dan 2 malam di Radisson Blu Hotel Basel. Setakat ni hotel Monopol adalah favourite 

 **Hotel kale maroon tu dulunya adalah sebuah hospital, dan dikatakan berhantu sampai sekarang, dan gambar ni di ambil dari tingkap bilik kami di Hotel Monopol yang tak boleh buka.

Trem adalah main mode of transportation kat Eropah, aku kagum takde pulak kejadian orang kena langgar dek trem ni kalau kat Malaysia aku rasa dah macam pin bowling strike dah orang kena langgar..Dorang ni sangat berdisiplin la, melintas jalan kat zebra crossing je okay.. kami dapat free pass untuk dua hari, naik lah ke mana pon kau nak asalkan tahu jalan balik.

Kesimpulannya kami mengahbiskan masa 4 hari di Switzerland. Saya akan mencadangkan negara ni sebagai destinasi percutian bersama keluarga dan bagi mereka yang sukakan kehidupan lay back yang relax sebab negara ni tak busy. Selamat dan banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak di pergunungan alps.

Spending : Uhmmmm kat sini semua spending aku dah tak kire, kelaut semuanya..hahahaha

Rating 
Hotel : 9/10
Food : 5/10
Happiness : 9/10
Shopping : 5/10
Place of Interest : 6/10

Yang WOW : Pengalaman di pergunungan Alps, pemandangan dan lifestyle yang aku idamkan hahahaha....relax dan tenang.
Yang Euww : Food kot.....tak enjoy sangat lah. Pahtu nyesal sebab tak beli jam tangan as buah tangan wuuuu....Korang jangan tak beli jam tangan, murah woooo....aku tak beli kononnye sebab aku ni jenis tak pakai jam.


Pengembaraan ke Kota Fesyen Milan (Note3sixty #italy#)

Sekadar mahu berkongsi, impian aku yang sebenar-benarnya dari dulu adalah untuk menjejakkan kaki ke bumi Eropah especially Perancis. Tak dapat menetap, melancong pon jadi la. Well on October 2012, finally my dream came true. Memang secara mengejut dan aku memang tak percaya. Aku dihadiahkan return ticket  percuma oleh Syarikat tempat aku bernaung pada awal bulan September dengan beberapa orang lain, masa lepas Raya, hiks....aku memula 70-30...70 tu taknak pergi, yela...mane aku nak cekau duit bebanyak beb? Sebab setahu aku memang banyakkkkk cost huhuh....Kalau korang nak tahu, even sampai hari yang sepatutnya aku fly tu aku still tak buat decision lagi walaupun dah ada duit belanja  walaupun memang dah apply cuti, sampai lah masa tu pukul 11 pagi kawan aku meyakinkan aku....gile??? terus shoot gi money changer pastu balik rumah packing semua....perghhh siap jugak packing dalam kul 4 petang, nasib baik jugak aku memang dah prepare baju sejuk, trench coat, glove semua ....hahahaha terus shoot g KLIA sebab flight pukul 7 malam. Memang ni keje gile tak penah di buat dek orang. Sampai KLIA kawan-kawan aku dah sedia menunggu untuk check in. OK dalam keadaan terkejut tak percaya, aku mengucapkan selamat tinggal buat seketika kepada Malaysia. Flight Etihad Airways to Milan, Italy via Abu Dhabi, UAE.

Pengalaman menaiki Etihad Airways sangat lah mengujakan sebab Etihad adalah one of the leading airlines operator in the world. mesti ada sebab kan? And sebabbbb, aku ada kenalan yang bekerja dengan Etihad dan kebetulan masa aku boarding di KLIA dia memang ada kat situ bekerja. Dan dia adjust kat aku seat business class dari Economy class biase...hahahaha..kawan-kawan aku sedeh je tengok aku dok kat business class. And yes, aku bagi rating 5 star untuk in-flight entertainment... gile tak tido aku dalam flight melayan movie-movie box office yang dorang provide. Perjalanan ke Abu Dhabi dari KLIA mengambil masa hampir 7 jam. Sampai je kat Abu Dhabi, kitorang kena tunggu almost 6 hours pulak untuk ke Milan, Italy. Time ni ak terbongkang tidur kat Airport, baru aku rasa macam ne penatnye mereka yang masuk Amazing Race tu...hahaha..Boarding flight ke Milan pula mengambil masa 7 jam lagi....uhhhh...time ni pon aku pengsan sedar-sedar je dah sampai Milan. Sampai kat Milan jam 8 pagi waktu tempatan. Suhu pula 18 darjah celcius. Sekarang musim luruh di Eropah. Sebelum keluar airport kami membersihkan diri dulu buat apa yang patot, after that kami amek cab straight to the city centre...jalan-jalan dulu hahaha....Okay first two days kami di Milan kami menginap di Hotel Mozart Milano. Sila click link untuk melihat fasiliti  hotel dan harga. Kami stay dua orang sebilik....twin sharing. http://www.hotelmozartmilan.com/ . Hotel memang terbaik lah...memang macam nak berbulan madu, padahal balik bilik tido jer...hiks..

Pesanan aku kat korang, Italy ni ramai malaun Afrika yang suke buat onar, kononnya jual cenderahati tapi dorang sebenarnya akan memaksa korang beli, kalau korang dah pegang benda tu tapi tak jadi beli, dorg akan panggil kawan-kawan afrika dorang sume so secara logiknya kita mesti la takut kan? Taktik paling best dorang akan bagi bunga or pakaikan gelang kat korang....kita yang mempunyai hati yang tulus murni ni confirm ingat dorang nak bagi kite try betul tak? Tapi actually bagi dorang, kite kena beli jugak sebab kite dah pakai!!

Walaupun Rome adalah Ibu Kota negara Italy, tetapi Milan merupakan bandaraya dan pusat ekonomi terbesar di Italy walaupun bandarnya mengalami kemerosotan sejak beberapa tahun kebelakangan. Kat bawah ni antara tempat-tempat menarik sekitar Bandaraya Milan..Kota fesyen dunia. Nak cerita satu satu memang lama, aku ni pulak spisis suke wat research.

 **Leonardo da Vinci's Statue**


Spending untuk hotel 2 malam : RM300++
Spending belanja : RM50++ (souvineer)
Spending makan : RM80++
Transport : RM50++

Rating :
Hotel : 8/10
Food : 6/10
Happiness : 6/10
Shopping : 5/10
Place of Interest : 6/10

Yang WOW: Korang jangan terkejut tengok Ferrari, Lamborghini, Aston Martin & Porshe bersepah atas jalan. Mercedes & BMW?? sangat rare hahaha....
Yang EUWW:  Rasa rugi tak sempat melawat stadium San Siro, Rome, Venice & Florence. :(
Overall : Aku impress dengan keagungan senibina Empayar Rome, style orang-orang Milan yang gorgeous, trend, handsome & cantik.


*Ni pulak bagunan yang sangat famous, sebut Milan orang teringat benda alah ni, Duomo Cathedral. Senibina sangat lah Gothic dan bagunan ni sangat besar okay. Aku jugak berpeluang masuk ke dalam Gereja ni which aku pernah masuk dalam mana-mana gereja before this. Our fren sorang taknak masuk kononnye tempat orang kafir....well terpulang lah pada pandangan orang, bagi aku takkan masuk gereja pon kite jadi murtad?? hahahaha....Masuk je dalam tempat ni ak sangat lah impress dan yang lebih penting, dalam ni ada mayat-mayat pope dorang yang dorang dah awet dah dijadikan bahan pameran...euuuuu....**

 **Fountain in front of Sforzesco Castle**

 **Piazza del Duomo in English means Cathedral Square. Tempat ni sangat lah busy walaupun waktu bekerja. One of our fren lost here..we've waited for about two hours before we finally found her. So untuk korang yang nak pergi holiday mane-mane....sesat sorang-sorang memanglah nightmare bagi semua orang. Tolong jaga diri baik-baik, gerak in group. Jangan ikot hati, especially girls, sebab kat Milan ni ramai Negro dari Africa.**


Note3sixty #baliindonesia#

Actually aku memang nak sesangat post gambar-gambar trip aku ke Pulau Bali, Indonesia secepat mungkin, tapi ya ya...sama excuse, takde masa bla bla bla....Trip aku ke Pulau Bali, Indonesia bersama seorang teman pada bulan May 2012. Actually kitorang dah book tiket ni since 2011, masa tu Air Asia ade promo which bagi aku takde la promo nye sangat....tiket pergi balik dalam RM500.

Aku memang tersangatla excited sebab ni adalah kali pertama aku naik flight since aku darjah 2 kot...so aku dah lupe macam mane rasanya nek flight. anddd more important is, ni adalah self reward untuk aku, aku dah bertahun kerja time ni dan I think this is just the right time to get some break and pampered my self hehe..

Kami tak amek travel agency dari Malaysia, sebaliknya kami contact terus travel agency di Pulau Bali, bagi sesetengah orang ini mungkin sedikit menjimatkan tapi aku sendiri tak tahu sejauh mana kebenarannya. Well actually kami berada di Bali selama 5 hari 4 malam, dan penginapan pulak di sebuah hotel berkonsep boutique bertaraf 4 bintang iaitu JBoutique Hotel. Sila lihat gambar bilik kami dibawah. Nice kan? Sangat lah selesa okay. Sila click link ni untuk melihat lebih lanjut fasiliti hotel.. http://www.jboutiquehotel.com/

 



Kalau korang bercadang nak ke Bali, ade beberapa tempat yang aku nak cadangkan yang wajib korang pergi, tak faham??? Okay...PLACES THAT YOU MUST GO, faham?? huhuh.. Antaranya Tanah Lot, Uluwatu & Taman Ayun Temple. Korang kene pergi sebab kat sini korang akan dapat rasa 'jiwa' Bali yang sebenar. Actually Bali bukanlah sebuah tempat yang kite boleh pergi membeli belah macam Bandung or Medan, main attraction kat sini adalah budaya, senibina dan maybe fesyen kot hahaha...laah gelak pulak, korang boleh refer link ni untuk tengok ranking Bali as one of Fashion Capital of The World...No 14 kot..  http://en.wikipedia.org/wiki/Fashion_capital. Aku ni pula spisis suke tengok senibina and culture orang. Pantai Kuta pulak memang happening dengan pelbagai aktiviti. Cuma, pada pandangan aku pantai ni takde lah secantik mana macam yang orang hebohkan.

Satu benda yang sangat aku particular kat sini adalah food..sangat susah kite nak determine kedai makan atau restoran tu makananye macam mana, well if you get what I mean. 95% dari populasi penduduknye adalah beragama Hindu. Muke memang sama dengan orang Islam Indonesia...tapi kat sini, penduduk muslim hanya lebih kurang 5% sahaja. Sebelum aku berangkat ke Bali, seorang teman sekerja aku which is Muslim pernah rekemen sebuah restoran makanan halal katanya, nama tempat tu Warung Madi if I'm not mistaken...sampai kat Bali aku beriya la cari kedai tu, dengan yakinnyer aku duduk and pelayan tu menu...sekali aku tengokkkkkkkk... "Babi Guling".."Babi itu"..."Babi ini"..bla bla bla....terus aku blah sambil teringat kat kawan aku yang rekemen tuuu hahahaha....Kalau korang nak selamat, pergi lah ke restoran masakan Padang yang lebih terjamin. Nama restoran tu Padi Prada. Well disebabkan makanan halal agak sukar didapati, jangan terkejut if korang tengok senarai harga di kolum sebelah kanan menu hehehe... Aku suka tempat ni dan aku pasti akan kembali satu hari nanti hehehe..sebab ade beberapa lagi aktiviti yang aku nak sangat wat tapi tak kesampaian cth nyer, mendaki gunung berapi etc. Uhmmm sebelum habis, total perbelanjaan aku termasuk hotel, makanan dan flight adalah RM2000.00 tak lebih...ada baki lagi hehehe...




Berikut antara tempat-tempat menarik yang aku kunjungi sepanjang lawatan hahahaha (skema) ke Bali.








 **aktiviti penyucian dosa (kate kau), dorang ni mandi holly water from the temple...pastu sembahyang.**
**cian tante ni sampai tertido menunggu pelanggan kopi tuak nyer**


 **18 sx, sila pejamkan mata bagi mereka yang rasa gambar ni agak keterlaluan hehe**




Rating : 
Hotel : 8/10
Food : 6/10
Happiness : 9/10
Shopping : 7/10
Place of Interest : 9/10

#definately place for honeymoon and romance#

Sweet return (after more than a year)...

Hi, good day all bloggers...alhamdulillah setelah lebih dari setahun ak hilang dari dunia 'maya' ni, akhirnya aku muncul kembali....yep, tak sangka juga macam tu lama aku hilang, OMG, kinda busy for the past one year, like serious???? yeah betul lahhh..,working, business itu ini bla bla bla...

Actually since awal tahun 2013 aku memang dah pasang niat nak aktif berblogging, cuma tak kesampaian lagi nak menghabiskan masa mengarang blog ;).. but today, here I am...hihi...I can't believe on how much I have already changed ever since...ada yang baik dan ada yang buruk, macam biasa setiap kali tahun baru menjelma, setiap dari kite confirm ada azam baru, walhal, azam tahun tahun tahunnn lepasnye pon tak terlaksana lagik hehehe....

Aku cuma ada satu azam je setiap tahun, aku hanya berharap kedatangan tahun baru akan menjadiu tahun yang lebih baik buat aku. :). Okay lah dulu setakat ni, aku rasa aku dah boleh menentukan hala tuju blog aku lepas ni hehehe..malam semua.