Sep 25, 2015

Festival Bunga Tulips Tesselaar, Australia



Assalamualaikum wbt.

Hello there, Salam Aidiladha semua hehe. Untungnya lah boleh beraya di kampung halaman masing-masing. By the way hati-hati pulang beraya tu, jangan excited sangat sampai membahayakan diri dan keluarga. Cewahhh...

So apa cite? Actually uncle dapat 3 hari day off, so apa plan? Merepot kat rumah? Owh tidak. Tanggal 25 Sept 2015 uncle dan kawan decide nak berjalan-jalan dan kebetulan pula sekarang tengah ada festival tulips Tesselaar dekat Silvan wilayah Victoria. Tulips farm ni terletak kira-kira 50km dari Kota Melbourne. Dan korang boleh pergi situ dengan bas ataupun drive sendiri. Kalau nak gi dengan public bas, korang boleh lah survey kat flinders street or southern cross station. Kalau tak berani, korang survey kat tour agent ok, still uncle cadangkan Extragreen travel kat area Swanston street (Berhadapan Restoran nelayan) atau Odessey travel. Ha sila gugel ok.

Festival tulips ni diorang buat anually, means every year ada, starts from mid September until mid October. Soooo bagi peminat-peminat bunga tulips, jangan lepaskan peluang untuk melawat festival tulips ni kalau melancong ke Melbourne pada waktu yang uncle mention tadi ok. Mana la tahu, kot teringin nak tengok tulips kat Holland, belum kesampaian, kat Australia pun not bad, ok la kan.

**Entry tickets

So tiket masuk ke farm tulips tesselaar ni berharga 24au$/person. Mungkin ada yang kata harga ni terlampau mahal and not worth the money, well it's depend on how you value them. Farm ni bukak seawal jam 10.30 pagi sampai 5.30 petang. Dekat farm ni ada 43 specis tulips berlainan jenis untuk tatapan pengunjung. Uncle bukanlah peminat bunga, tapi Uncle tanak lepaskan peluang melawat festival yang dianjurkan setahun sekali je ni. Dan uncle sangat tertarik dengan colour display kat farm tulips ni. Sangat vibrant dan awesome. Jangan lupa snap gambar banyak-banyak ok. Tulips ni kalau kat Malaysia mahal kan? Sini murah je, sejambak korang boleh dapat dengan harga 5au$ which are very reasonable for me. Kawan uncle sempat rembat 2 pasu bunga tulips berharga 14au$ untuk both plant. Tapi yang setakat datang melancong tu tak payah la beli tanaman hidup tu sebab tak pasti lepas ke tak kat airport huhu. Plus sampai Malaysia boleh hidup ke lol.

Festival ni bukan semata tengok bunga je tau. Ade macam-macam attraction kat sini especially foods and entertainment. Banyak food and drink stall dibuka dalam farm ni tapi rata-rata komen harganya agak mahal. And, yes uncle akui sedikit mahal. But still suasana yang sangat enjoyable dan sesuai untuk dilawati seisi keluarga. Kids akan seronok berlari-lari ditengah-tengah farm bunga tu. Kat sini uncle nak advise, jangan la nak pakai kasut tumit tinggi cam Beyoncè sangat, farm kot dan boleh jadi agak berlecak kalau hujan or tanah tu basah hehe. Dan, bawak la makanan sendiri, bawak alas (tikar) sendiri dan picnic kat dalam farm tu, pilih je tempat mana-mana, ikot korang la. Banyak tempat boleh picnic dalam tu. Uncle dan kawan pun, kitorang memang dah bawak bekal dari rumah. Mee goreng, ayam goreng dan teh panas. Yumsss.. ohoks. Kitorang lepak dekat-dekat denga area stage, kebetulan time tu ade live traditional Dutch band nyanyi lagu-lagu folks diorang. So rasa cam kat Holland sangat hehe. Kalau tak nak bawak bekal pun tak apa banyak je food stall yang best-best. Ade food stall muslim called 'Gozleme', sedap. Tapi bagi yang jenis particular dan cerewet itu tak boleh ini tak boleh, hah tahan jela lapar, balik hotel nanti makan megi ok? Haha

Overall uncle berpuas hati, our afternoon well spent kat dalam tu, lebih kurang 3 jam jugak lah dekat dalam farm tu huhu. Gambar pulak, ade dekat 700 keping haha. Pitam. Sooo what is your colour? Pilihlah hehe.. sehingga ketemu lagi.




**macam wallpaper window xp kan?

**picnic area

**picnic + stage area



**stesyen tractor train, 5Au$ per person. Yang ni uncle tak suggest, buang duit je, dia bawak pusing farm camtu je elehhh jalan kaki sudahhh macam besar sangat je farm tu. Mengade! Haha

**banya je food stall. Not bad et al.






Sep 16, 2015

Dari Melbourne ke Brighton Beach (Bathing Box)



Selamat Hari Malaysia guys.

wah ni pun actually uncle nak post da lama sebab last pergi Brighton Beach bulan June masa kawan uncle dari KL datang visit Melbourne. Entah lenapa tak sempat update entry baru. Ok so here we go.

Bagi korang yang bercita-cita nak bercuti ke Melbourne  Australia, mungkin Brighton Beach ni ada dalam bucket list tempat yang korang nak kunjungi. Sebab apa, kat sini la tempat leaknya rumah-rumah kotak yang berwarna-warni ataupun in English; Bathing Box yang famous yang kita selalu tengok kat muka depan map atau buku panduan perjalanan ke Melbourne. Kiranya rumah kotak ni macam icon Melbound itself la.

Brighton ni houses to some of the wealthiest citizens in Melbourne with grand homes semua. Tak percaya korang kena tengok sendiri camne grand nya rumah-rumah agam di sepanjang pantai. Dendy Street Beach, just south of Middle Brighton, features 82 colourful bathing boxes, which are one of the tourist icons of Melbourne. Uncle pun tak pasti sejarah rumah-rumah kotak ni tapi yang pasti setiap rumah kotak ni adalah privately owned oleh orang-orang kaya di sekitar Brighton. Dan digunakan sebagai tempat persalinan pakaian. Ohoks. Ok jangan tanya lebih-lebih korang boleh google sendirik.

**ni route metro train dari SCS or FSS ke Brighton Beach (Sandringham Lane).

**Brighton Beach station sign board.

Ok actually ade beberapa cara korang nak ke Brighton Beach ni. Suka uncle ingatkan kat readers from Malaysia semua, TOLONG lah jadi bijak siket, jangan ambil private tour ke situbdari CBD Melbourne. They will charge you approx about 45au$ sangat stupid dan tibdakan yang tak bijak kalau korang pilih private tour. Lain la korang ni kaya raya. Hehe. So uncle rekemen korang pergi by Metro Train, sangat jimat. Pergi lah mana-mana service counter dekat stesyen beli dan top up Myki kad. Myki ni mcam touch and go la. Cost cuma 11au$ je (6au$ untuk beli kad saja dan 5au$ untuk topup). So basically ticket price nak ke Brighton dari Flinder Street Station cuma 4au$ (2 hrs free). Uncle naik tren dari Flinders Street Station as dekat dengan main attraction yang lain. Sila lah ke platform no 8, platform paling hujung, Sandringham Lane, tren akan muncul setiap 10 minit, so dun worry ok? Boleh je kalau nak naik dari Southern Cross Station tapi end up kena transit kat Flinders Street juge. Hehe. So, perjalanan mengambil masa plus minus 23 mins. Dan korang sila alert, mungkin ada yang cadangkan korang turun di Middle Brighton Beach Station actually station ni lebij dekat dengan Bathing box tu, tapi Station nye area kawasan perumahan, so agak berbelit jugak jalannye dan kalau uncle, uncle tak prefer sebab mungkin kita akan keliru dan sesat sekejap.. So uncle benti kat Brigton Beach, Station tu mmg betul2 tepi pantai tu..keluar train je memang dah nampak pantai Brighton..so korang kena la cross jalan tu dan turn right menyusur jela ikut pedestrian/ bicycle road  tu. Nak ikot pantai pun boleh tapi lagi jauh lah.hehe. korang jangan risau tak sesat punya, along the way korang akam jumpa sign board Bathing Box tu. So just chill dan enjoy your view ok?

So uncle harap entry uncle ni dapat la sket sebanyak bagi info dan tolong korang-korang yang tengah survey nak ke tempat-tempat menarik di Melbourne. Untuk yang lain-lain uncle akan share sikit-sikit ok? Ohoks

**depan mak kepada segala rumah kotak kat sini. Lol

**dalam train on the way to Brighton Beach.

**Top up myki kejab.

**stunning sunset view.





Review Hotel Backpacker di CBD Melbourne

Argh....
Actually dah lama nak post entry ni. Sepatutnya bulan June haritu lagi tapi tertangguh entah kenapa.

Ok. Ade beberapa kenalan dok pm uncle tanya pasal Melbourne, yelah, survey-survey tempat menarik mana la tahu nak datang bercuti ke Melbourne kan? Antara banyak-banyak soalan, soalan yang paling kerap orang tanya, nak tumpang rumah uncle. Means nak suruh uncle host diorang la kat sini. OHOKSSSS. Amboi mentang-mentang ada contact kat sini ea? Maafla uncle terpaksa cakap awal-awal uncle ni pun menyewa je bukan rumah sendiri hehe. Rumah plak boleh dikatakan jauh sket dari city centre & away from public transport. Hari sabtu ahad takde service area rumah uncle. So tak convinient untuk korang menumpang. Baik stay hotel. Kalau nak uncle jadi tourist guide pun uncle sanggup tido hotel kat city centre haha.. macam tu la uncle buat masa kawan uncle si Ery & Majdi visited Melbourne June haritu.

Ok. Nak cerita pasal backpacker hotel, seriously banyak je kat Melbourne ni, kat St. Kilda ade, kat CBD ade. Uncle cadangkan kat CBD. sebab apa? Senang untuk korang nak kemana-mana. Dekat dengan public transport & segala kemudahan. Antara backpackers hotel yang ada kat Melbourne CBD adalah ; Greenhouse Backpacker Hotel, Nomad Backpacker Hotel dan All Nation Backpacker Hotel. Uncle nak cerita pasal Nomad & Greenhouse je dulu sebab both uncle penah stay kat situ. Both ade kelebihan masing-masing, uncle tak tahu nak rekemen mana satu. Price per night pun lebih kurang. Dalam 80-90 Au$ camtu. Tapi ada gak yang dorm if korang tak kisah berkongsi bilik dengan strangers. Suka uncle nak ingatkan dorm tu memang macam asrama skolah la. Macam2 bau ade. Kadang2 diorang ni tak mandi pagi, baju jaman-berjaman tak basuh, ngan bau kasut lagi. Siyes ni uncle penah lalu depan dorm tu, bau nya Ya Ampunnnn... fuhhhh..haha.

In term of location, dua dua best. Greenhouse terletak betul-betul kat flinder street, dekat dengan Flinder Street station, sebelah balai polis which korang akan rasa sense of security kat situ, dekat dengan City Library, dekat dengan semua cafe-cafe penting huhu. Dan yang paling utama location yang senyap, tak bising. Toilet sangat ok, seperate lelaki dan perempuan. Pantry pun win, banyak tempat duduk/ lepak, bersih, ceria, ada kemudahan PC, information board, bilik TV, laundry, free breakfast, pool/ snuker tu dan Wifi yang agak strong. Tapi satu je uncle tak close, bilik dia cam asrama sangat. Dinding yang seperate kan bilik2 pun plywood je. So basically orang bilik sebelah borak korang boleh dengar. Haha. Kalau korang tak tahan sejuk, hotel ni ok sebab lantai dia cover dengan carpet, which korang akan rasa warm sket. Hotel ni gak ade sediakan tempat letak bagasi percuma. Winning point diorang lah.

As compare dengan Nomad Backpacker hotel pula. Lokasi not bad, bersaing sengit. No.1 spencer street. Terletak kat junction 2 jalan utama kat Melbourne ni ha.(Spencer Street-Flinder Street). So tram memang sentiasa ada kat depan hotel. Easy for you guys nak melompat kemana-mana by tram. Accross the road depan hotel jalan kaki dalam 10 mins korang akan jumpa Southern Cross Station. (Macam KL Sentral la). So stesyen ni la yang korang akan jumpa untuk transit from/to Airport. Pantry hotel ni kalah la dengan Greenhouse backpackers hotel. Tempat makan yang limited. Tak ada free breakfast kecuali beras, pasta, teh dan gula. Tak ada ruang TV, laundry ada dekat GF. Wifi pun laju. Korang akan rasa sejuk sket kalau stay sini masa winter sebab lantai dia just lantai kayu, siyes sejuk. Walaupun toilet dia share laki dan perempuan, tapi uncle close giler ngan toilet dia, tak macam bajet hotel punya toilet. Bilik pun lebih kemas berbanding Greenhouse. Cumaaaaa.. kalau bernasib malang anda akan dapat bilik berhadapan jalan utama, which may cause a major problem untuk korang ; pencemaran bunyi Ya Ampunnnn bising gile. Sebab laluan tram dan train kat bawah tu. Plus another one point, kat bawah hotel ni ada pub, kalau pub sendiri mau ingat la memang bising. Haha. Tapi so far, bilik dan toilet, Nomad menang. So korang choose la. Uncle takde gambar2 greenhouse backpackers hotel. Mungkin korang boleh survey sendiri kot. Uncle share gambar2 Nomad Backpacker hotel kat bawah ya. Daaa...


**Nomad Backpacker Hotel yang sebelah kiri tu. Bukan yang kanan okeh lol.

**Ni toilet Nomad. Stail kan untuk hotel bajet??

**ni pulak twin bedroom (bunkbed)

**Ni view dari bilik Uncle. Tu junction spencer street-flinder street. Sangat busy dan bising.



Sep 15, 2015

Resepi Goreng Pisang Rangup bujang terlajak.

Assalamualaikum wbt sekali lagi. Hiks.

Entry ni uncle nak share resepi goreng pisang rangup yang enak banget. Teringat uncle kat satu gerai goreng pisang kat Bayu Perdana, Klang. One of my all time favourite goreng pisang in Malaysia siyes talk, selain dari goreng pisang kat stesyen Komuter Shah Alam. Sedap goreng pisang makcik tu, dah lama dia meniaga kat situ. Ok back to the business. Kat bawah ni uncle share resepi. Minta maaf gambar ilustrasi tak berapa memberangsangkan haha.. tapi trust me, sedap.

Bahan-bahan:
1. Pisang secukupnya. (Uncle pakai 6 biji pisang Australia, tak taw la pisang apa, hiks. Tapi boleh untuk 14 biji pisang).
2. 1 cawan tepung beras.
3. 1 cawan tepung gandum. (Uncle pakai 3/4 cawan je).
4. 1/2  sudu besar baking powder. (Uncle tak de baking powder, instead uncle guna 1/4 cawan self-raising flour).
5. Garam secukup rasa.
6. 1 sudu teh serbuk kunyit.
7. 1 biji telur.
8. Air secukupnya.
9. 2 sudu salted butter. -dipanaskan sehingga cair dan dibiar sejuk.
10. 2 1/2 sudu besar santan serbuk. (Uncle guna cap Ayamas).

Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan-bahan tadi kecuali pisang dan butter. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sambil-sambil tu boleh tuang butter tu dalam adunan.

Nota : sila kacau adunan dengan menggunakan tangan. Jangan guna sudu. Uncle tak tahu kenapa tapi ibu uncle pesan camni. Ohoks.

2. Panaskan kuali dengan minyak. Pisang tu terpulanglah korang nak potong dua ke atau nak buat style omputeh tak perlu potong pisang tu. Celup sekata pisang tu dalam adunan dan bolehlah goreng kalau minyak dah panas.

3. Goreng sampai pisang tu berwarna keemasan. Uncle suka pisang tu rangup dan betul-betul masak. Jadi uncle akan biarlan sampai warnanya gelap keemasan. Jadi terpulanglah mau jadi apa mau jadi hantu mau jadi buaya. Hehe.. so siap suda goreng pisang kita. Boleh la dimakan panas-panas. Selamat mencoba.



Resepi daging kambing masak blackpepper mudah

Assalamualaikum wbt sekali lagi.

Entry kali ni uncle nak share resepi daging kambing blackpepper yang simple tapi sumpah sedappppp... biasanya uncle suka grill ala2 western style buat sekali dengan mashed potato dan blackpepper gravy. Tapi kali ni nak ubah selera. Buat ala-ala Malaysian style pula. One of the reason uncle jadi hantu kambeng kat sini sebab daging kambing dia sangatlah murah dan sedap giler. Mana tak murah, satu kilo 10Au$. Sama harga ngan ayam kot?? Kalau kat Malaysia dah berapa dah. Ok back to the business, berikut adalah resepi daging kambing masak blackpepper ;

Bahan-bahan :
400 gm daging kambing (dihiris halus dan dibersihkan).

Bahan-bahan perap :
1. 1 sudu besar lada hitam yang dikisar (pakai serbuk pun boleh sama je).
2. 2 sudu besar kicap manis. (Tak kisah cap ape pun, uncle guna cap kipaas udang).
3. 2 sudu besar sos lada hitam (uncle pakai cap Zuza).
4. 2 sudu besar sos tiram maggie.
5. 2 sudu besar madu
6. 2 inci halia ditumbuk halus.

Bahan-bahan kisar :
1. 3 ulas bawang merah.
2. 2 ulas bawang putih.

Bahan-bahan hiris :
1. 1 labu bawang besar.
2. 2 batang cili merah. (Uncle tukar guna setengah biji capsicum merah).
3. 5 biji cili padi (Uncle pakai 3 biji je sebab uncle tak gemar pedas-pedas sangat).

Cara-cara :

1. Perapkan daging dengan kesemua bahan kisar selama setengah jam. (Uncle perap 2 jam lebih).

2. Lepas agak-agak selesai memerap. Bolehlah panaskan kuali, tumis bahan kisar sampai naik bau.

3. Masukkan daging yang diperap dan masak sampai empuk.

4. Tambah air jika perlu. (Uncle tak tambah sebab uncle suke kuah yang pekat).

5. Masukkan bahan-bahan hiris dan tambah garam jika perlu. (Uncle tak tambah dah sebab everything dah cukup rasa).

6. Kacau rata dan sedia dihidang. Hehe. Selamat mencuba semua.




Resepi Spaghetti Aglio Olio bujang yang tak berapa nak bujang.


Assalamualaikum wbt.

Hello semua. Sooooo harini uncle cuti dan tiba-tiba teringin main masak-masak, ohokss. Actually uncle memang tak reti masak plus malassss... setakat nak ikot resepi orang tu boleh lah. Hehe. Tak percaya?? Tak percaya sudahhh haha. Ok jadi harini uncle nak masak spaghetti aglio olio. Fyi uncle suka seafood, so that's why uncle pilih Aglio Olio. To be honest, ni adalah kali pertama uncle cook spaghetti dalam hidup uncle..emmm hasilnya not bad et al. Hehe. So jom tengok apa yang kita ada hiks.


Bahan2 aglio olio utk 2 org makan : 😝

1. 200 gram Seafood mix udang, sotong, lala etc.
2. 5 biji Cendawan butang dihiris (xde pn xpe)
3. Setengah biji Capsicum dipotong dadu (xkesah warna ape)
4. 3 tangkai Daun parsley dihiris halus.
5. 1 Kiub ayam knorr (uncle pakai kiub ikan bilis knorr)
6. 4 ulas bawang putih (garlic) tumbuk halus.
7. Setengah biji bawang holland dipotong dadu halus.
8. 2 sudu besar chilli flakes (tapi uncle rasa over pedas pula, so ikot lah nak banyak mana)
9. 1 sudu kecil serbuk Lada hitam.
10. Garam secukup rasa.
11. Spaghetti ikut korangla nak banyak mana, uncle agak-agak je.
12. Sket butter and garam untuk celur spegeti.

Cara-cara :

1. Panaskan kuali dengan 2 sudu besar minyak zaitun. Masukkan bawang putih dan bawang holland yang dah dikisar/ dipotong dadu. Kacau sampai kuning tapi jangan garing. Bubuh air sket dalam kuali dalam suku cawan.

2. Masukkan seafood dengan kiub ayam knorr. Kacau sampe seafood masak (tapi jangan sampai masak sangat).

3. Masukkan capsicum dan cendawan. Kacau lagi smpi agak-agak dah ok.

4. Masukkn spegeti, daun parsley, garam secukup rasa, chilli flakes dan lada hitam.

5. Siap dah...boleh hidang lah. Kalau agak-agak kering, boleh bubuh minyak zaitun sket. Ok selamat mencuba. Kalau tak sedap diam aje, jangan bagitahu uncle wkakakaka. Kidding






Sep 6, 2015

Trip ke Mount Buller, Victoria, Australia.

Assalamualaikum wbt.

hai guys. Post harini nak cerita pasal pengalaman berharga Uncle ke Mount Buller yang terletak di utara wilayah Victoria, Australia. Akhirnya dapat juga menjejakkan kaki kat snow. Actually ni bukanlah kali pertama Uncle bermain dengan salji, sebelum ni uncle pernah ke pergunungan Titlis di Switzerland, tapi tetap teruja sebab apa? Sebab kat Australia ni korang memang susah nak jumpa snow walaupun suhu dah dibawah tahap beku. Sebabnya Australia ni benua yang agak kering. Tapi, kat kawasan ni lah korang boleh jumpa dan bermain dengan snow. Kat utara wilayah victoria atau lebih dikenali dikalangan penduduk tempatan sebagai "High Country" area. Terletak berdekatan tempat yang korang boleh kunjungi untuk korang punya snow or winter adventure adalah ; Mount Buller, Mount sterling dan Mount Buffalo. Tapi yang paling fames semestinya Mount Buller. Sinilah tempat Olimpian-Olimpian Australia berlatih ski dan snowboarding.

Ok. Kita start cerita dari mula. Bagi korang yang datang ke Melbourne dan bercita2 nak ke Mount Buller. Musim snow start dari awal June sampai end of October depending on the climates juga la. Tapi normally bulan July sampai September tu peak season lah kat Buller. So korang ada beberapa option sama ada nak stay kat Buller, or just a day trip, nak guna travel agent or pergi sendiri. Suka uncle ingatkan, resort kat atas sana sangatlah MAHAL ye, kalau tak percaya sila tengok website2 agoda trivago semua..pfftttt.. Biasanya travel agent dia buat pakej transport plus ski lesson everything semua ada. Dan range harga pula tak silap dalam 300aud seorang. Depend juga pakej apa yang korang nak. Mengikut pengalaman kawan uncle, dia amek pakej dekat Extragreen travel agency dekat swanston street, berhadapan dengan restoran nelayan. Katanya situ murah sebab dia arrange trip untuk orang Chinese. Entah. Tapi bagi korang yang datang independent setakat dua tiga orang satu grup, uncle cadangkan pergi sendiri jela jimat. Book tiket bas dengan Grayline coach dekat Southern Cross station kat Spencer Street. Boleh walk in kat kaunter atau book online ok? Lepas tu tanya la siap siap termasuk entrance fee ke Mt. Buller atau tak? Bas depart from Southern Cross Station jam 6.45 am setiap pagi. Perjalanan ke Mt. Buller dari Melbourne mengambil masa lebih kurang 3 1/2 jam. Anggaran jarak 230km. Dan akan bertolak pulang dari Mt. Buller pada jam 6 petang macam tu.

Normally semua bas dari Melbourne akan berhenti di satu pekan kecil srbelum tiba di Mt. Buller, pekan Mansfield. Kat sini korang bolehla pergi le rental shop contohnya "Pullins Hire", so korang bolehlah sewa peralatan untuk bermain snow. Nak beli sendiri memang tak berbaloi, mahal. Snow boot adalah sangat penting untuk korang, sewa 18aud, lepas tu agak-agak takut sua & baju korang basah, korang sewala sut sekali. Tak silap dalam 40aud. Dalam kes ni uncle tak sewa sut, sebab uncle nak bergambar dengan baju sendiri lol. Ok done, korang nak main ski / snowboarding kos agak mahal dan kalau tanya uncle cam tak berbaloi nak sewa benda benda tu, pahtu tak reti main walaupun hakikatnya ada coaching lesson. Kos lagiiiii...huhu. so uncle cadangkan korang main taboggan jela. Sewa dekat tempat yang sama korang sewa baju. 15aud saja untuk sewa taboggan. Boleh main cam kanak-kanak. Then lepas selesai, bas akan teruskan perjalanan ke Mt. Buller. Dalam 40 minit lagi sampailah.

Sejurus sampai kat parking bas. Korang bolehlah turun dan mulakan adventure korang. Bagi yang sekadar nak sightseeing, korang boleh ke station ski lift dekat north entrance car park, berdekatan dengan Horse Hill, tempat main taboggan which korang boleh nampak dekat parking bas tu lagi. Stesyen dia agak tersorok, so korang kena rajin bertanyalah. Once sampai lat stesyen tu, boleh terus beli tiket ski lift kat kaunter. Price 17aud per person. Kat sini korang tak dibenarkan bawak taboggan, so korang kena tinggalkan benda tu kat tempat yang disediakan sebelum naik ski lift. Suka uncle nak ingatkan, sila simpan barang berharga dalam beg seperti handphone, wallet etc. Nak selfie boleh, pegang elok elok lah. Kalau jatuh tak ke menangis. Kat mana nak mencari? Takde tempat nak turun de kalau tengah naik ski lift tu. Uncle cerita based on my own experience. My handphone terjatuh dalam gaung dan terus tenggelam dalam snow masa dok kat ski lift. Terkesima dan terkedu haha. Sooo sampai je puncak korang bolehlah main salji haha. Uncle nak advice, rajin rajinkan lah sket kaki tu berjalan cari Alpine village kat bukit satu lagi. Sebab area stesyen ski lift yang korang turun tu tak ade apa, very dull and boring. Siyes view alpine village sangat cantik kat seberang sana. Sangat berbaloi nak bergambar. Hehe

Kalau boleh korang bawak la bekal siap siap. Sejuk wei cepat lapo. Tapi ade je cafe-cafe kat area situ. Cuma nak tak nak, boleh tak boleh je. Sapa tak kisah okay sajoh. Macam uncle, bawak la sandwich, nugget, ayam goreng & bihun dari rumah. Haha nikmatnya owh tak terkata haha. Kiranya kat atas tu uncle tak spend apa pun kecuali locker 20aud untuk simpan makanan makanan uncle.

So tu jelah pengalaman yang boleh dikongsikan dengan korang. Dah dekat setahun kat sini baru berkesempatan ke Buller. Maklumlah uncle bukan tourist yang ada time frame tertentu. Terpaksa lah tunggu masa yang sesuai untuk berjalan jalan. It was awesome and extremely fun visit bagi uncle. Pengalaman bermain taboggan sampai terlaggar orang sume ade. It was embarrassing indeed. Haha.


Sehingga ketemu lagi di lain waktu. Bulan September ni pula, uncle nak ke festival tulips kat Yarra Valley. Maklumlah spring kan sekarang, pokok-pokok dah mula berbunga. Nanti uncle kongsi pengalaman dan info dengan korang. Daaa.