Oct 28, 2016

South Melbourne Market: Pasar Hipster Melbourne πŸ™ˆ

Hi guys. 

So this time, uncle nak cerite sikit pasal tempat ni, South Melbourne Market. Ahhaaa mesti korang tak penah dengar kan? As for tourist, pasar yang glamer adalah Queen Victoria Market yang sangat popular itu. Ok jom, tanggal 13 February 2016, uncle, Along & Echa kitorang decide nak pergi South Melbourne Market ni for the first time. As kenalan-kenalan along cakap kat sini ade seafood yang sangat best dan murah. Ok I said why not? Let's go, dressed up ladies.. so let me introduce sikit apa bende South Melbourne Market ni okay?

Actually SMM ni adalah pasar general food yang terletak dekat kawasan selatan bandaraya Melbourne, ala takde lah jauh mana, naik tram dalam 5 minutes je. So actually it began operating in 1867, lebih lama usianya dari Queen Victoria Market kat CBD, and is a Victorian Style building with wood and red brick. But of course setelah lebih dari 1 abad usianya, (tahun depan 150 tahun), pasar ni dah melalui pelbagai kejadian, kerosakan dan renovasi seiring peredaran zaman gitoh. Uncle boleh katakan layout dan design interior market ni adalah tersangat hipster haha. Bersih, tidy, tak smelly bukan cam pasar basah busuk-busuk tu tau, no no ☝🏽️. Dengan cafe-cafe unik yang ada di sekitar bagunan ni, memang hipster habes! Lol. Tak sah kan gi Melbourne tak ngopi, cube la lepak kat kedai-kedai kopi skitar Melbourne, memang superb. 

Apa yang uncle leh cakap, seafood kat sini memang the best! Sangat underrated taw, semua sibuk nak gi Queen Victoria Market. So cam ne nak ke South Melbourne Market ni? Macam biasa uncle akan sarankan korang naik je Tram yang bersepah-sepah dan free tu. Hah bacela eh. Korang boleh amek Tram no...

• No. 96 from Bourke Street, and get off at South Melbourne (Stop 127) sampai kat stop ni korang kena naik tangga sikit straight ke atas dalam 2 minute jalan kaki sampai lah. Naik tram ni paling senang as Tram ni akan lalu Southern Cross Station gak, stesyen paling penting kat Melbourne kalau korang naik public transport heee... 

No. 12 from Collins Street, and get off on the corner of York St (Stop 127).

Clear?? Good job...
Ha taknak cakap banyak juga, tahu korang sebenarnya nak tengok gambar je lol...



**Waktu operasi market ni, korang kena la check, jangan main taram je sekali pergi tengok-tengok market tutup.. hah melepass...

**Oyster nyum3..matlamat utama kami datang sini hehe. 

**Suasana kat area luar bagunan Market. 

**Geram je tengok diorang jual macam ni..

**antara seafood yang ada.

**Jual telur pun nak cantik-cantik hee. 

**Oyster ni berharga antara $9-$15 sedozen. Agak reasonable la bagi uncle.

**makcik Albanian yang jual Gozlemè ni malu-malu pulak nak bergambar, tapi mahu...

**tunggu turn untuk dilayan lol.

**Pose shelai ngan Along & Echa.

**Muke tak boleh belah, uncle ingat uncle suka makan oyster tapiiii emm.. As I ate the oysters, I realized that I don't really like to eat them raw with their strong taste of the sea.. tapi kadang-kadang datang teringin nak makan oyster, gi belasah juge la. 

**Makcik Echa gigih taw makan oyster.. 

**Lepas makan oyster kitorang pergi ngeteh & having something sweet to eat kat area berdekatan dengan South Melbourne Market lol. 

**Ni makanan spanish ape tah nama dia, tak habes pun makan as rasa tak berapa kena ngan selera haha. 

So tu jelah cerita gi South Melbourne Market. Korang kalau gi Melbourne, jangan lupa singgah pasar ni kalau korang nak experience sendiri lepak ala-ala local people, fresh supply of foods semua. QVM tu da terlalu mainstream lolsss.. daa

~FM~

Oct 27, 2016

Pengalaman menonton Australian Open 2016: Grand Slam of Asia/Pacific

Salam. Hi there, 

Ready? Play...huhu
So this time uncle nak story sket pasal experience uncle tengok Australian Open live kat Melbourne Park. Bagi peminat tegar sukan tennis seperti uncle, dapat peluang nak tengok live tennis match kat stadium be like, once in a lifetime experience.  Betul la apa orang cakap, watching live tennis is a very different experience to watching it on tv. Macam die hard fan Machester united la, dapat peluang nak tengok live match kat Old Trafford, mesti korang menggeletis excited namatey kan? Heee camtu la uncle. 

**Rod Laver Arena, Home to Australian Open Tennis Championship.

Actually uncle punye dream nak tengok Roland Garros kat Paris, tapi since da ade kat Australia ni, apa kurangnya Australian open ni ha. Tahun 2015 uncle dah terlepas tournament ni, so tahun 2016 ni kita memang berusaha dengan gigih lah heee. One of only four Grand Slam tournament yang ada kat dunia ni alongside Wimbledon, Roland Garros dan US Open. Australian Open plak tournament pembukaan musim, awal tahun. So memang almost semua top player ade, fresh dari rehat yang panjang.

So uncle spend the whole day tengok semifinal match kat stadium tu. Kebetulan pula my favourite player punye match yang uncle tunggu-tunggu. Serena Williams, uncle membesar tengok dia main tennis kot dari kecik cewah. Agak malang sorang lagi pemain favourite uncle terkandas kat suku akhir, kalah ngan Serena heehehe. Sapa lagi kalau bukan Miss Sharapova.

Overall it's a good experience for me. Kat Malaysia pun Uncle tak penah gi KL open. Uncle gi tengok ni womens semifinal match haritu. Sangat best. InsyaAllah next time repeat, mungkin Roland Garros? Who know. 

**Suasana dalam Rod Laver Arena sebelum perlawanan bermula. 

**Bangga tau dapat beli tiket ni, seating pulak terbaik sangat.

**serabai heee 

**1st semifinal: Serena Williams vs Agniezska Radwanska. 

**Serena serving. 

**ni lah seating uncle, boleh tahan dekat la juga dengan court. Sebelum match bermula.

** #AUSOPEN signage

**Memoyo depan Rod Laver Arena atau nama lainnya Centre Court, stadium tennis terbesar kat sini dengan kapasiti 15,000 seating. Kenapa Rod Laver? Actually stadium ni dinamakan to honour a three-time Australian Open winner dari Australia juga, kira legend player diorang la, one of the greatest Male player of all time ; Rod Laver. Satu lagi stadium tennis kat sebelah ni, dinamakan sempena Margaret Court, female tennis player dari Australia jua, pemegang rekod pemenang grand slam paling banyak di dunia. Even sampai sekarang belum ada yang berjaya menyamai rekod tu. 

**the next day datang lagi saja-saja haha.

**nak kena smash??

~FM~

Eureka Skydeck experience

Another lepak-day in blazin' summer sun. Lol. Serious summer kat sini panas namatey. The highest temperature masa uncle kat sini 45'c. Terkena panas sket berbelang badan haha. Musim panas kat Australia ni start bulan bulan 12 sampai bulan 2, so masa chrismas jangan berangan nak ade saleji lah. Kita panggil Summer Chrismas ok? Haha

**Melbourne city skyline

**Merry Xmas Australia haha.

**temperature hari ni


**masa ni tobat sun burn gila. Balik M'sia family semua bising cakap awat makin hitam kata dok Ostolia? Depa ingat Ostolia ni sejuk cam Iceland ka?

**Eureka Tower, Victoria's tallest building, Australia's 2nd tallest building.

So harini actually kami plan nak naik Eureka Tower kat CBD, tower ni kira iconic landmark untuk Melbourne City la. Standing 297.3 m, located at Southbank prescint. Eureka tower ada the highest public observation deck bukan saja kat Australia tapi kat semua Southern Hemisphere juga untuk pengetahuan korang. Skydeck terletak diketinggian 285 m. 

Untuk harga tiket pulak, tiket skydeck dewasa sahaja berharga $20, kalau korang nak upgrade pakej "the edge", kena tambah $12. Apa tu the edge? Ha kira macam ada 1 platform ni, glass bottom la so korang akan experience macam tergantung 285 m dari ground level, amacam? Uncle tak ambil pakej ni sebab macam tak perlu pun heeee... untuk information lebih lanjut korang Google jelah ok? 

**view mengadap barat Melbourne, kita leh nampak Port Melbourne tak jauh dari sini, pelabuhan paling sibuk kat Australia.

**di sebelah timur menara ni pulak kita leh tengok dengan jelas keseluruhan Melbourne park ataupun sports prescint. Ha kalau korang nak tahu Melbourne ni Australia's sporting capital tau, tu kat bawah sana kita boleh nampak stadium MCG, antara stadium terbesar kat dunia tak silap uncle top 10 with over 100,000 spectator capacity. Sebelah dia yang warna biru-biru tu 'rumah' kepada salah satu antara 4 je acara Grand Slam Tennis yang ada kat dunia; Australian Open, AAMI Park Stadium dan juge litar F1 Albert Park.

**Melbourne skyline dari atas Eureka Tower.

**Yang macam Eiffel tower tu adalah Performing arts centre.

**Maksud sebenar Eureka.


~FM~

Oct 26, 2016

Melbourne Zoo

Sebenarnya uncle gi Melbourne Zoo ni dah lama, 12 Disember 2015, baru dan nak up story kat blog ni ha. Uncle sendiri tak ingat bila kali terakhir uncle melawat Zoo Negara kat kL πŸ˜‚, fikirkan balik semua Zoo sama je kan? Yeke? tapi alang-alang dah kat tempat orang ni uncle belasah jela. Untuk pengetahuan korang, Australia ni ade berpuluh-puluh Zoo dan salah satunya adalah Zoo Melbourne. 

Melbourne Zoo is Australia's oldest zoo and was modeled based on London Zoo and was opened on 6 October 1862, lama kan? Zoo ni juga merupakan Zoo terbesar kat Australia (55 acres) jika nak dibandingkan dengan Taronga Zoo kat Sydney yang famous dan yang salu masuk TV tu. Tapi sebenarnya our Zoo Negara lagi besar dan lebih banyak animals compare dengan Melbourne Zoo hehe. Melbourne Zoo has taken out the honours as home to Australia's best zoo as voted by travellers from around the world recently especially kat Tripadvisor. Tak percaya? Buat la reseach sendirik hahaha. Fasiliti pun sangat lah world class dan modern. Walaupun terletak kira-kira 5km dari CBD, Zoo ni diorang design almost serupa dengan habitat asal haiwan yang tinggal kat situ, umum kita tahu haiwan-haiwan ni sebenarnya stress duduk dalam kurungan tapi bagi uncle, pihak Zoo dah buat yang terbaik dalam memastikan welfare haiwan-haiwan ni terjaga, not that bad at all bila tengok keadaan Zoo yang terjaga macam ni.

So macam mana nak pergi ke Zoo Melbourne ni? Uncle cadangkan korang naik public transport je, sumpah senang namatey. Easy!!

Kalau korang nak naik tram, amek tram no 55 dari Williams street kat CBD, tram ni berhenti betul-betul depan main gate Melbourne Zoo. Tapi uncle sangat-sangat sarankan korang naik Metro Train, 50 kali lebih senang haha. Sebab bagi anda yang datang bercuti ke Melbourne, anda semua MESTI akan singgah ke Flinder Street station or Southern Cross Station. So naik je Metro train dari mana-mana antara dua stesyen tu, amek line ke Upfield, jangan tido dalam train plak, dalam 10 min sampai la stesyen Royal Park, turun lah kat situ. Pastu kena la berjalan sikit dalam 5 min dan sampailah anda ke gate B Melbourne Zoo kat situ pun ada jual tiket. Senang kan? Untuk maklumat timetable train, tram semua korang boleh visit website www.ptv.vic.gov.au atau download je apps ptv kat apps store anda heee.

Ok berapa plak harga tiket nak masuk ni? Some people may say "I'd avoid to visit Australia zoo because we have to pay a heap to see all the animal in captivity." Yes, for me harga tiket dia quite expensive for visitor especially from Asia. Cuba tengok price kat bawah, pahtu darab dengan nilai matawang kita sekarang (RM3.10=$1) mahal kan? πŸ™ˆ

General admission as below:
Adult             : $31.20
Kid (0-15 y.o) : Free (weekend and PH)
                     : $15.80 (weekdays)


**ni entrance gate B kalau datang dengan metro train sampai Royal Park Station. 

**warung gajah, dekat sinilah kawanan elephant punye enclosure, siap da ade baby elephant. 



**uncle tak suke koala yucks... haha pemalas! 

**ngan doktor Ema (along) & doktor Ros yang bekerja kat Clayton Hospital, Victoria. Heee
**our very own Orang Utan.

**seriously sangat luas zoo ni, ngan panas terik lagi. Uncle penat giler.

**Royal Park Station.

**Meerkat open enclosure. Tapi masa ni semua meerkat hilang ke mana tah panas sangat agaknya. 

**Asian elephant and her calf.

**beware of Sumatran and Malayan Tiger

**apa tah nama makhluk ni, gibbon ke?

**hippo pun ade πŸ™ˆ


~FM~