Nov 18, 2016

Easter Parade at Bendigo City.

27 March 2016.

Hi semua. Kalau sebelum ni uncle penah cite serbe sedikit tentang Bendigo City, well, tu uncle nye first visit gi Bendigo, this time around kitorang pergi sekali lagi nak tengok sambutan hari Easter yang dicanangkan yang terbesar di Australia. Me, Echa, Kak Rina, John, Sue, Zaiben and her baby boy; Zayn. Takde la niat apa pun, pergi pesta ni bukanlah bermaksud apa2 haha, just nak saksikan festival ni dengan mata sendiri. Apa yang uncle leh ringkaskan, parade ni sangatlah best, bermacam2 gerai makanan ada dan bermacam-macam aktiviti diorang aturkan untuk pengunjung. dah macam national day parade tau, ade perarakan kereta2 perisai polis, armed forced, bomba semua.. hah Jom tengok pulak gambar2 sekitar Easter Parade yang diadakan kat Bandar Bendigo Victoria.






**santai aja dong

**Echa termenung memikio mase depan lol.

**ramai kan umat manusia, of cos la uncle paling semat haha.

**view bandar Bendigo dari atas menara peninjau. 

**Great Cathedral. Antara yang terbesar kat Australia.


**gigih tau mendaki menara ni.


**view dalam gereja besar. Seremmmm..



**singgah rumah uncle John cari hidden easter eggs dengan cucu2 dia haha.

Ok tu je baiii...

~fiay~

Nov 17, 2016

Queen Victoria Market, The heart and soul of Melbourne

I still remember when the first time I stepped my foot to Australia, well, Melbourne city to be exact, I was so excited to go market shopping at the infamous Victoria Market. I went to the market on my first day in Australia actually and I was in heavennnnn lol. Well its free, you have to pay nothing, you dont have to pay $35 for a freaking tour and its extremely accessible if you're staying in the CBD area. You may hop in any metro train from Flinder Street station or Southern Cross and get off at Flagstaff or Melbourne Central station and walk north along Williams or Elizabeth Street. It will cost you only 10 minutes walking distance. Senang kan? Or else you can go by tram, you might not know about this but, Melbourne has the largest operating tram network in the world tau, bukan London or Los Angeles. And QVM is located within the free tram zone. Take the 19, 57 or 59 tram to stop 7 at Elizabeth street. Don't worry, pakcik driver tu will announce the station's name once arrive haha.

QVM Opening Hours:
Tue : 6am - 2pm
Thu : 6am - 2pm
Fri : 6am - 5pm
Sat : 6am - 3pm
Sun : 9am - 4pm
**closed on Monday, Wednesday and some Public Holiday.


So lets get back to the business haha. Queen Victoria Market is also known affectionately as QVM or Vic Market, is the heart and soul of Melbourne city, much more than the city’s fresh-food shopping centre – it’s a historic landmark, an absolute tourist attraction. The market started 132 years ago and it is one of Melbourne city top attraction with approximately 10.5 millions visitor each year. Why does this market drew so many people everyday? Entah. Korang tengok la sendiri gambar-gambar kat bawah. Lol.

I like to walk along the cafes around the market to get the contagious relaxing atmosphere before hopping in the market to shop. Spanning several city blocks, with over 600 traders, the Queen Vic Market is the largest open-air market in the Southern Hemisphere and attracts thousands of shoppers every day. Shoppers can find everything from fruit and vegetables to local and imported gourmet foods, fashion and general merchandise.

The QVM is not only busy during the day, it attracts heaps of people at night too. There is a winter night market every Wednesday night and the summer festival night market will start soon on 16th November 2016 until 8th March 2017 from 5pm-10pm every Wednesday. You don't wanna miss Melbourne's largest global array of streets food, free live music and roving entertainers, vintage shopping and all the atmosphere of a summer festival like no others ;)

*summer night market


*sedapnya pig tu, its a female pig ok haha. Diorang kata female pig kurang odour tak macam male pig lolzzz.

*Abang-abang pinoy ngah bakar satay babi 😂

*free live music and entertainment during night market. 

*some people came here to shop, while some others just enjoy the atmosphere and having a good time with their friends and families.

*QVM at night

*abundant choice of food

*me outside the general merchandise area. 

*live music and street buskers provide a vibrant atmosphere outside the market. 

*legend! You must find this food truck and try the doughnut. I love them!



Seriously, QVM or Victorian Government or Melbourne City Council or Board of tourism did not pay me anything for sharing this post with you guys, this article is solely based on my personal experience. So I hope this will help you guys reader to understand and get an idea what QVM is all about and how to get there. And please forgive my grammar and vocab error, I try my best to improve my English writing. Enjoy your visit to Melbourne. Cheers mate!

The end.
~fmay~


Nov 16, 2016

Day trip ke City of Bendigo, Victoria, Australia

Salam.

Hi guys. Thanks masih sudi bukak blog & bace kisah perjalanan uncle kat bumi kangaroo ni. Sebenarnya most of uncle punye story ni adalah throwback zaman bila tah haha, tak dan sangat nak update blog, been busy working and stuff bla bla bla. Bile ada kelapangan barula nak up story kongsi dengan korang.

Okayh, kejadian ni pulak pada 26 February 2016. Masa ni uncle dapat day off dan kebetulan housemate, he's an Indonesian guy & kawan uncle si echa pun cuti. So my housemate ni secara tiba-tibanya ajak... "iz, kau mau ikot ga, yok kita ke Bendigo bareng" ha gitu ayatnya. Aku plak masa tu dalam hati...emmm ada apa kat Bendigo? Tak penah dengar pun nama tempat ni, nak pergi tak nak pergi tak camtu haha. Tapi tak apa la dah orang ajak kan, daripada tak buat apa-apa kat rumah. Lagipun boleh pergi tengok tempat yang ramai orang kita tak tahu. Fyi masa ni masih dalam kepanasan musim summer kat Victoria. Ya Ampun panas banget, bisa mati aku. Korang tengok la mana ada awan, langsung takde..Haha. 

So perjalanan kitorang ke City of Bendigo pun bermula, driving distance ke Bendigo pula dalam sejam setengah camtu. Sepanjang perjalanan tak ada apa yang menarik untuk disajikan sebab yang ada cuma tanah gersang yang luas terbentang. Kadang2 kita nampak la ladang buah-buahan, padang ragut untuk haiwan ternakkan. Kangaroo liar melompat-lompat dikejauhan. Uncle takde la nak amek pic kangaroo melompat-lompat tu as dah biasa, kangaroo kt sini dah macam kambing biri-biri kat Kuala Pilah je, so orang tak heran sangat haha.

So ada apa kat Bendigo ni? Actually Bendigo ni terletak di wilayah tengah negeri Victoria dan merupakan bandar yang ke4 terbesar dalam negeri Victoria selepas Melbourne, Geelong dan Ballarat. Kalau korang nak tahu bandar ni memainkan peranan yang tak kurang pentingnya dalam sejarah negeri Victoria dan pembangunan Melbourne sebagai pusat sosio-ekonomi Australia secara keseluruhannya. 

Kenapa bunyi macam serious je? Yes, memang serious, daerah Bendigo-Ballarat ni kaya tau, kaya dengan sumber yang berharga iaitu emas. Ha it was the place of one of world's most greatest gold rush kira-kira 150 tahun yang lalu. Between 1850-1900, Bendigo dah menghasilkan pengeluaran bernilai lebih dari 9billion USD, 7th richest field in the world pada masa tu. Masa uncle mula-mula sampai ke Bendigo ni uncle cam tergamam kejab tengok senibina bangunan-bangunan yang ada di sekitar bandar ni, all I can say is Bendigo is a grand and gracious city, literally was build on gold. Alot of historic buildings line the main streets with gold smelter chimneys reminds us of the riches from the gold field in the past ha gituh speaking. Haha. Tapi serious uncle cam terkezut tengok architecture kat sini walaupun bandar kecil je tapi pengaruh senibina mewah ibarat istana kat eropah sangat jelas kelihatan okay. 

So basiccaly penemuan emas kat wilayah Bendigo ni 150 tahun dahulu ni dah mencetuskan imigrasi besar-besaran oleh pelombong dari serata dunia especially dari tanah besar China, which kita boleh tengok pengaruh kedatangan imigran China ke Bendigo ni sampai sekarang. Ada Chinese art Museum kat bandar ni dan sambutan tahun baru China adalah sangat meriah siap ada perarakan kat main street. Sangat impressive untuk negara western macam ni huhu. Populasi kat bandar Bendigo ni terus meningkat sejak penemuan emas kat situ dan menjadi antara faktor peningkatan kepentingan Kota Melbourne sebagai hub kewangan yang terpenting kat Australia pada masa tu seterusnya diangkat menjadi ibu negara sebelum Canberra mengambil alih peranan sebagai ibu negara Australia yang baru bagi menyelesaikan kemelut kuasa antara Kota Melbourne dan Sydney. Masa tu negeri Victoria dan Melbourne adalah wilayah yang paling makmur kat Australia dan uncle leh lihat tu sampai sekarang dan kenapa negeri ni sangat disayangai ratu England dan masih mempunyai keistimewaan tersendiri sampai sekarang haha. Wah belajar sejarah plak. 😂

Ok mohla kite tengok gamba pulak...boring la asyik membace je.

*meredah kepanasan yang membahang dekat area town hall.

*fountain kat roundabout tengah-tengah bandar Bendigo ni imposing a typical Victorian influence. 




*Town hall, kat sini gak terletaknya visitor centre.




*antara bagunan bersejarah yang dah dijadikan lot perniagaan kat jalan utama bandar Bendigo.

*ni tak pasti pula bagunan apa lol.

*Anglican Church

*uncle sempat skodeng sepender Marilyn Monroe, ropol2 okay warna putih krim hahaha. 

Okay, tu jelah coretan ke Bandar Bendigo. Tata.

~fmay~

Lake Mulwala, Paddle Steam Boat

21 Februari 2016, di tengah kepanasan musim panas kat Australia, suhu mencecah 40'c kalau tak silap time ni, puak kami decide nak pergi picnic Oz style sebab kebetulan semua cuti time ni. 

So kitorang ikutlah kemana yang John and Kak Rina bawak hehe. Kali ni kami pergi betul-betul daerah pedalaman Victoria, bersempadan dengan New South Wales dan sungai Murray yang terkenal tu. Tempat yang kitorang pergi tu nama dia Tasik Mulwala, dekat Yarrawonga, Victoria.

So actually Tasik Mulwala ni adalah a man-made reservoir to provide water for irregation for surrounding district. Reservoir ni dibina lada tahun 1939 lagi. So sekarang dah jadi cam tasik Chini la hehe. Tapi kat sini macam-macam aktiviti air ada. Ada orang main ski, bot formula one, kayaking, memancing Murray Cod dan ada jugak steam boat trip. 

Kalau ikotkan driving distance dari Melbourne ke tempat ni dalam 4 jam. Huhu. Kalau tanya aku, korang sekadar datang bercuti kat Melbourne seminggu tu tak payah la datang sini, tak ade apa pun yang worth untuk dilawati haha. Kirorang pun just picnic, potluck, hampar mat kat padang and baring tidur-tidur buang masa. Hehe tapi ade 1 attraction kat sini. PS Cumberoona steam Paddle Boat, lake tour. Dia akan bawak kita pusing 1 lake Mulwala ni naik steamer ni dan 1 pusingan trip tu mengambil masa dalam 45 mins. Korang boleh search website die untuk reserve or boleh je walk in haha. Ticket price plak $22 seorang. Dan boat ni cuma ada dua trip saja setiap hari, pada jam 12 tengahari dan 2petang. So apa specialnya bende alah ni? Moh uncle cite sket, uncle copy paste from google haha. 

So PS Cumberoona ni adalah satu traditional steam paddle boat yang masih menggunakan kayu api untuk menghasilkan steam dan bergerak. PS Cumberoona was build on 1986, so korang boleh la fefeeling cam korang baru je melintasi time capsule, back to 1986. Lols. Atas boat tu pula ade cafe which korang boleh beli apa-apa makanan yang ada dalam menu for lunch and of course coffee or tea sambil menyusuri Lake Mulwala dan the mighty Murray river yang jadi sempadan antara negeri Victoria dan New South Wales hehehe. Tapi kitorang tak beli apa-apa pun as kitorang dah makan sebelum boarding. 

**PS Cumberoona Paddle Steam boat
**Ticket price & jadual berlepas.

**Upper Murray River Flag has the elements of the Australian Colonial Flag.

**Uncle fefeeling sado. 😅

**Korang ngorat la sket captain tu, nanti dia bagi la korang peluang bawak boat ni hehehe. Syiok la juge. Tak penah bawak boat stim. 

**Me, Echa & Sue kat cafe tunggu minuman kitorang sampai hehe. 

So tu jelah coretan ke Lake Mulwala, Yarrawonga, Victoria. Ttyl

~FM~