Eureka Skydeck experience
Another lepak-day in blazin' summer sun. Lol. Serious summer kat sini panas namatey. The highest temperature masa uncle kat sini 45'c. Terkena panas sket berbelang badan haha. Musim panas kat Australia ni start bulan bulan 12 sampai bulan 2, so masa chrismas jangan berangan nak ade saleji lah. Kita panggil Summer Chrismas ok? Haha
**masa ni tobat sun burn gila. Balik M'sia family semua bising cakap awat makin hitam kata dok Ostolia? Depa ingat Ostolia ni sejuk cam Iceland ka?
So harini actually kami plan nak naik Eureka Tower kat CBD, tower ni kira iconic landmark untuk Melbourne City la. Standing 297.3 m, located at Southbank prescint. Eureka tower ada the highest public observation deck bukan saja kat Australia tapi kat semua Southern Hemisphere juga untuk pengetahuan korang. Skydeck terletak diketinggian 285 m.
Untuk harga tiket pulak, tiket skydeck dewasa sahaja berharga $20, kalau korang nak upgrade pakej "the edge", kena tambah $12. Apa tu the edge? Ha kira macam ada 1 platform ni, glass bottom la so korang akan experience macam tergantung 285 m dari ground level, amacam? Uncle tak ambil pakej ni sebab macam tak perlu pun heeee... untuk information lebih lanjut korang Google jelah ok?
~FM~
Comments
Post a Comment