Oct 3, 2015

bila nak balik Malaysia?

Ramai yang tanya soalan ni lately, "Iz bile nak balik Malaysia?". Awhhh actually terharu juga ramai yang bertanyakan aku soalan tu, cakap rindu aku sume. Owh kalau la korang tahu camne aku sakit rindu kat sini. Sepi teruk tau jauh dengan korang semua kawan-kawan lepak aku.

Honestly, aku sendiri takde jawapan untuk soalan tu, siyes aku tak tahu. Selagi rezeki aku kat sini, selagi aku betah kat sini biarlah dulu ok? Life has been so generous to me lately, and I'm having the time of my life kat sini. Jangan cakap aku tak rindu, gile kadang menangis sendiri haha. Especially bila kau tahu, sebab musabab kau bawa diri jauh kesini, nak lupakan everything yang sakit dalam hidup kau, yet the memories is still with you. It's funny hey?

Aku punya matlamat, and I never want to go back to the way it was. Never. Ok done cite sal tu. Hehe. Actually aku punya dream  yang paling latest of course nak jejakkan kaki dan jadi salah sorang spectator kat Australian Open Tennis championship.... kalau boleh aku nak tengok final match or at least semifinal match. Gile impian aku dari skolah kot. Of course ramai kalangan kawan-kawan tahu aku ni peminat sukan tennis. Dan impian aku actually nak tengok Rolland Garros kat Paris. But since dah ade kat Melbourne ni, Australian Open should be great enough. Lol.

Dan of course juga aku akan bkerja keras kat sini untuk memastikan impian aku seterusnya tecapai. Aku nak keliling dunia dengan hasil titik peluh aku sendiri. Aku penah target aku nak pergi 20 buah negara by age 30 y.o dan aku ada setahun lagi nak buat. Deym you!! Haha. Okok kat bawah aku share negara yang ade dalam bucket list aku. :

1. Spain
2. Norway
3. France - I visited once.
4. Denmark
5. Scotland
6. Russia
7. Canada
8. Argentina
9. Japan
10. South Korea
11. French Polynesia
12. Holland
13. Switzerland - I visited onceii
14. New Zealand
15. India
16. Greece
17. Turkey
18. South Africa
19. Morocco
20. Mexico

OK cukup haha.. kmain angan kau jah. Actually sampai harini aku dah ke 9 buah negara mostly dekat-dekat jela. So kalau ikotka ade lg 11 lagi lah. Hehe. Achievable insyaAllah.

**gambar yang takde kena mengena langsung dengan tajuk post. Actually hey it's really hot harini, temperature ; 32 celcius recorded, hai sama macam Malaysia dah. Baru sping ni, sok summer sah-sah jadi gurun tempat ni. Lol


1 comment: