Sep 15, 2015

Resepi daging kambing masak blackpepper mudah

Assalamualaikum wbt sekali lagi.

Entry kali ni uncle nak share resepi daging kambing blackpepper yang simple tapi sumpah sedappppp... biasanya uncle suka grill ala2 western style buat sekali dengan mashed potato dan blackpepper gravy. Tapi kali ni nak ubah selera. Buat ala-ala Malaysian style pula. One of the reason uncle jadi hantu kambeng kat sini sebab daging kambing dia sangatlah murah dan sedap giler. Mana tak murah, satu kilo 10Au$. Sama harga ngan ayam kot?? Kalau kat Malaysia dah berapa dah. Ok back to the business, berikut adalah resepi daging kambing masak blackpepper ;

Bahan-bahan :
400 gm daging kambing (dihiris halus dan dibersihkan).

Bahan-bahan perap :
1. 1 sudu besar lada hitam yang dikisar (pakai serbuk pun boleh sama je).
2. 2 sudu besar kicap manis. (Tak kisah cap ape pun, uncle guna cap kipaas udang).
3. 2 sudu besar sos lada hitam (uncle pakai cap Zuza).
4. 2 sudu besar sos tiram maggie.
5. 2 sudu besar madu
6. 2 inci halia ditumbuk halus.

Bahan-bahan kisar :
1. 3 ulas bawang merah.
2. 2 ulas bawang putih.

Bahan-bahan hiris :
1. 1 labu bawang besar.
2. 2 batang cili merah. (Uncle tukar guna setengah biji capsicum merah).
3. 5 biji cili padi (Uncle pakai 3 biji je sebab uncle tak gemar pedas-pedas sangat).

Cara-cara :

1. Perapkan daging dengan kesemua bahan kisar selama setengah jam. (Uncle perap 2 jam lebih).

2. Lepas agak-agak selesai memerap. Bolehlah panaskan kuali, tumis bahan kisar sampai naik bau.

3. Masukkan daging yang diperap dan masak sampai empuk.

4. Tambah air jika perlu. (Uncle tak tambah sebab uncle suke kuah yang pekat).

5. Masukkan bahan-bahan hiris dan tambah garam jika perlu. (Uncle tak tambah dah sebab everything dah cukup rasa).

6. Kacau rata dan sedia dihidang. Hehe. Selamat mencuba semua.




No comments:

Post a Comment