Trip ke Mount Buller, Victoria, Australia.

Assalamualaikum wbt.

hai guys. Post harini nak cerita pasal pengalaman berharga Uncle ke Mount Buller yang terletak di utara wilayah Victoria, Australia. Akhirnya dapat juga menjejakkan kaki kat snow. Actually ni bukanlah kali pertama Uncle bermain dengan salji, sebelum ni uncle pernah ke pergunungan Titlis di Switzerland, tapi tetap teruja sebab apa? Sebab kat Australia ni korang memang susah nak jumpa snow walaupun suhu dah dibawah tahap beku. Sebabnya Australia ni benua yang agak kering. Tapi, kat kawasan ni lah korang boleh jumpa dan bermain dengan snow. Kat utara wilayah victoria atau lebih dikenali dikalangan penduduk tempatan sebagai "High Country" area. Terletak berdekatan tempat yang korang boleh kunjungi untuk korang punya snow or winter adventure adalah ; Mount Buller, Mount sterling dan Mount Buffalo. Tapi yang paling fames semestinya Mount Buller. Sinilah tempat Olimpian-Olimpian Australia berlatih ski dan snowboarding.

Ok. Kita start cerita dari mula. Bagi korang yang datang ke Melbourne dan bercita2 nak ke Mount Buller. Musim snow start dari awal June sampai end of October depending on the climates juga la. Tapi normally bulan July sampai September tu peak season lah kat Buller. So korang ada beberapa option sama ada nak stay kat Buller, or just a day trip, nak guna travel agent or pergi sendiri. Suka uncle ingatkan, resort kat atas sana sangatlah MAHAL ye, kalau tak percaya sila tengok website2 agoda trivago semua..pfftttt.. Biasanya travel agent dia buat pakej transport plus ski lesson everything semua ada. Dan range harga pula tak silap dalam 300aud seorang. Depend juga pakej apa yang korang nak. Mengikut pengalaman kawan uncle, dia amek pakej dekat Extragreen travel agency dekat swanston street, berhadapan dengan restoran nelayan. Katanya situ murah sebab dia arrange trip untuk orang Chinese. Entah. Tapi bagi korang yang datang independent setakat dua tiga orang satu grup, uncle cadangkan pergi sendiri jela jimat. Book tiket bas dengan Grayline coach dekat Southern Cross station kat Spencer Street. Boleh walk in kat kaunter atau book online ok? Lepas tu tanya la siap siap termasuk entrance fee ke Mt. Buller atau tak? Bas depart from Southern Cross Station jam 6.45 am setiap pagi. Perjalanan ke Mt. Buller dari Melbourne mengambil masa lebih kurang 3 1/2 jam. Anggaran jarak 230km. Dan akan bertolak pulang dari Mt. Buller pada jam 6 petang macam tu.

Normally semua bas dari Melbourne akan berhenti di satu pekan kecil srbelum tiba di Mt. Buller, pekan Mansfield. Kat sini korang bolehla pergi le rental shop contohnya "Pullins Hire", so korang bolehlah sewa peralatan untuk bermain snow. Nak beli sendiri memang tak berbaloi, mahal. Snow boot adalah sangat penting untuk korang, sewa 18aud, lepas tu agak-agak takut sua & baju korang basah, korang sewala sut sekali. Tak silap dalam 40aud. Dalam kes ni uncle tak sewa sut, sebab uncle nak bergambar dengan baju sendiri lol. Ok done, korang nak main ski / snowboarding kos agak mahal dan kalau tanya uncle cam tak berbaloi nak sewa benda benda tu, pahtu tak reti main walaupun hakikatnya ada coaching lesson. Kos lagiiiii...huhu. so uncle cadangkan korang main taboggan jela. Sewa dekat tempat yang sama korang sewa baju. 15aud saja untuk sewa taboggan. Boleh main cam kanak-kanak. Then lepas selesai, bas akan teruskan perjalanan ke Mt. Buller. Dalam 40 minit lagi sampailah.

Sejurus sampai kat parking bas. Korang bolehlah turun dan mulakan adventure korang. Bagi yang sekadar nak sightseeing, korang boleh ke station ski lift dekat north entrance car park, berdekatan dengan Horse Hill, tempat main taboggan which korang boleh nampak dekat parking bas tu lagi. Stesyen dia agak tersorok, so korang kena rajin bertanyalah. Once sampai lat stesyen tu, boleh terus beli tiket ski lift kat kaunter. Price 17aud per person. Kat sini korang tak dibenarkan bawak taboggan, so korang kena tinggalkan benda tu kat tempat yang disediakan sebelum naik ski lift. Suka uncle nak ingatkan, sila simpan barang berharga dalam beg seperti handphone, wallet etc. Nak selfie boleh, pegang elok elok lah. Kalau jatuh tak ke menangis. Kat mana nak mencari? Takde tempat nak turun de kalau tengah naik ski lift tu. Uncle cerita based on my own experience. My handphone terjatuh dalam gaung dan terus tenggelam dalam snow masa dok kat ski lift. Terkesima dan terkedu haha. Sooo sampai je puncak korang bolehlah main salji haha. Uncle nak advice, rajin rajinkan lah sket kaki tu berjalan cari Alpine village kat bukit satu lagi. Sebab area stesyen ski lift yang korang turun tu tak ade apa, very dull and boring. Siyes view alpine village sangat cantik kat seberang sana. Sangat berbaloi nak bergambar. Hehe

Kalau boleh korang bawak la bekal siap siap. Sejuk wei cepat lapo. Tapi ade je cafe-cafe kat area situ. Cuma nak tak nak, boleh tak boleh je. Sapa tak kisah okay sajoh. Macam uncle, bawak la sandwich, nugget, ayam goreng & bihun dari rumah. Haha nikmatnya owh tak terkata haha. Kiranya kat atas tu uncle tak spend apa pun kecuali locker 20aud untuk simpan makanan makanan uncle.

So tu jelah pengalaman yang boleh dikongsikan dengan korang. Dah dekat setahun kat sini baru berkesempatan ke Buller. Maklumlah uncle bukan tourist yang ada time frame tertentu. Terpaksa lah tunggu masa yang sesuai untuk berjalan jalan. It was awesome and extremely fun visit bagi uncle. Pengalaman bermain taboggan sampai terlaggar orang sume ade. It was embarrassing indeed. Haha.


Sehingga ketemu lagi di lain waktu. Bulan September ni pula, uncle nak ke festival tulips kat Yarra Valley. Maklumlah spring kan sekarang, pokok-pokok dah mula berbunga. Nanti uncle kongsi pengalaman dan info dengan korang. Daaa.








Comments

  1. Terbaikkk lahhh...info yg penuh dan padat..mne yg nk pi rujuk je cni..huhuu...nt...jadi tourguide sy kmna je boleyy?ehhhh...hahaa huhuuu keep it up!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buwek... of cos..bley je..nt bincang svce fees ok?

      Delete
  2. Ada fb tak? Kot2 nk tanya lbh lanjut... 😏

    ReplyDelete
  3. nak tanya, harga ni masih sama lagi ke tuk tahun 2017? sbb sy akan pergi bulan depan . hehe

    ReplyDelete
  4. Wah keren Mt Buller, lain kali kalau sempat datang lagi pergi ke Falls Creek & Hotham, kalau bisa bulan Juli atau Agustus... Pasti akan terkejut......

    Kemarin pakai tourkotamelbourne.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya. Sudah ke falls creek & hotham last year belum sempat posting di blog saya. Btw sy bukan tourist sy menetap disini. ☺️✌🏼

      Delete

Post a Comment

Popular Posts