Resepi home cook seafood Shell out brocuba

Hello semua, 


This time around uncle nak share story pasal ber-shell out sendiri kat rumah, home cook gitu. Haha

Wah dengar nama je dah excited kan?
Shell Out ni satu fenomena dan menjadi viral sekarang ni, uncle tak pernah bershell out sama ada dirumah atau dikedai haha so tak tahu range harga semua cam mana kan, just nak try kebetulan adik uncle sibuk beriya suruh buat. Apa yang pasti rata-rata ramai yang sukakan makanan yang ringkas dan di makan secara santai ini.

Ada juga orang cakap macam tak berapa sopan aje cara makan Shell out ni sebab ianya di hidangkan di atas plastik dan di curah aje segala macam makanan laut mak nenek dan dimakan beramai-ramai ala-ala nasi ambeng, kesah plak uncle? Sebenarnya bagi uncle makan beramai-ramai ni boleh merapatkan silaturahim, sebab tu kalau korang nak tahu orang-orang jawa ni selalunya mudah didekati, easy going & bersatu gituh. Uncle memang keturunan Jawa and I'm so proud with my heritage ok. 😂 Bagi orang kampung (walaupun tak seberapa nak kampung) cam uncle ni, uncle lagi suka makan beramai-ramai camtu dan tak de nak cover-cover langsung time makan nak-nak masa kenduri, peh lain macam feelingnye. Lagipun dah diajar supaya berkongsi makanan dari kecil lagi. 


Ok enough talking lah, tak nak cakap banyak, uncle nak kongsikan satu resepi Shell Out yang sangat sedap!

Melihat bahan-bahan yang di gunakan, uncle dah dapat bayangkan betapa sedapnya lah aii.. sambil telan air liur haha.

Jom kita buat...
Tapi mula kenalah cari makanan laut dulu...

Uncle beli makanan laut kat pasaraya NSK dekat Sentosa Klang sebab situ je yang uncle tahu haha. Untuk resepi Shell Out ni.. anda boleh gunakan apa-apa sahaja makan laut yang anda suka. Ketam, udang, kupang, kerang, kepah, sotong, lala, remis, pepahat, isi ikan dan apa-apa ajela yang korang nak. Dalam kes ni uncle beli ketam, udang dan sotong saje heee.

Bahan-bahan seafood.

Ketam
Udang
Sotong

*Sukatan bahan makan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang di sediakan.



Cara-cara: 

Semua makanan laut ini di cuci bersih. Uncle tabur serbuk kunyit & serbuk lada hitam sikit sebelum rebus haha hentam sajalah. Kalau tak buat camni oun tak pe. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala aje. Uncle letak ketam dulu, kemudian udang dan barulah sotong. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.
Dah masak angkat dan ketepikan.

Bahan Sayur-sayuran

Jagung ~ potong 3
Brocoli ~ di potong kecil
Carrot ~ sukahati lah nak potong camne
Kentang ~ potong wedges, rebus kejap bagi lembut, angkat biar sejuk, celup tepung tempura dan goreng garing nyums..

Semua bahan sayuran ni di celur dengan air garam heheh. 



Bahan Rempah 

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut.
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih (10 ulas)
1 inci halia
1 inci belacan

Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus




Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inci halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus
2 batang serai ~ di titik
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter.

Bahan C ~ perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

-Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
-Masukkan bahan bahan tumis (bahan B) dan tumis hingga harum dan garing.
-Masukkan bahan kisar (bahan A) masak sampai garing. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
-Kemudian masukkan bahan perasa (bahan C)
-Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam, kiub ayam dan gula secukup rasa.
Kalau nak masin sikit boleh tambah garam tapi berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah cukup masin. Uncle tak letak langsung garam.
-Biarkan kuah merenih sebentar.
-Angkat dan masukkan dalam periuk lain
-Tinggalkan dan Panaskan 1 senduk besar kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
-Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong dan udang masak sebentar ~ angkat.
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain (kalau ada) kemudian. 
Sayur-sayuran tu uncle just celur je kecuali jagung lepas rebus uncle grill jap atas pan dengan kuah tadi just nak bagi perisa heee. Taraaa siap lah haha. 

Bleh lah hidang atas meja atas plastik atau dulang, makan beramai2 sangat best.



Hentam saja lah labu hahaha. Sekian.

~fiay~


Comments

Popular Posts