SELAMAT HARI GURU 2017

Tahun ni dah 12 tahun saya meninggalkan zaman sekolah, bersempena hari guru 2017 ni jugak seperti tahun-tahun sebelumnya saya tak pernah lupa ucapkan terima kasih untuk cikgu-cikgu yang telah banyak membantu saya untuk meraih kejayaan dalam pelajaran, membantu membentuk peribadi dan sahsiah seorang pelajar yang sangat menghormati semua cikgu samaada yang pernah mengajar ataupun tidak. 


Kalau nak di senaraikan nama-nama guru memang ramai, dari Tadika Kemas Kastam Kuah, SK Langkawi, SMK Mahsuri, SMK Telok Datok dan Fakulti pengajian perniagaan UiTM. Namun saya dedikasikan ucapan saya khas untuk cikgu Rafiah, Cikgu Faizah Deris, Cikgu Siti Asmah Osman dan semua cikgu-cikgu yang mengajar saya semasa di tingkatan 6, SMK Telok Datok; Cikgu Ja'ronah, Cikgu Azlina, Cikgu Junaidah dan lain-lain (minta maaf jika tak berkesempatan nak sebut setiap nama guru dalam entry saya ni), sebab kalian memberikan impak pengaruh yang sangat besar kepada saya semasa saya bergelar seorang anak murid satu masa dulu. 


Cikgu Rafiah walaupun mengajar saya subjek sejarah sampai tingkatan 5 saja, tapi saya masih ingat, cikgu lah tempat saya membuat rujukan masa saya ambil extra paper tingkatan 6 walaupun ada guru lain yang mengajar subjek sejarah tingkatan 6 tapi saya lebih selesa membuat rujukan dengan cikgu, dan akhirnya dapat keputusan yang sangat cemerlang bagi subjek sejarah STPM. Terima kasih atas kesanggupan dan kesabaran cikgu mendidik saya. Saya sangat beruntung dapat menuntut ilmu dari guru seperti cikgu. 


Buat Cikgu Faizah, terima kasih juga atas kepercayaan cikgu kepada saya walaupun pada awalnya saya rasa subjek pengajian perniagaan tu sangat sukar, tapi disebabkan ketegasan dan dedikasi cikgu, buat saya dan kawan-kawan yang lain lebih fokus dalam kelas. Sebenarnya disebalik ketegasan tu, cikgu adalah seorang guru yang sangat prihatin dan ambil berat tentang masalah pelajaran kami. Alhamdulillah seingat saya ramai antara kami pelajar-pelajar lelaki lulus dengan cemerlang subjek yang cikgu ajar tahun 2005. Dan cikgu pun antara guru tempat saya selalu membuat rujukan berkenaan aktiviti ko-ko, antara penasihat Rumah Sukan Raja Lumu. Terima kasih cikgu. 


Buat Cikgu Siti Asmah, hmm how to say sebenarnya cikgu lah yang banyak main peranan membantu saya dalam membentuk sahsiah dan kepimpinan yang selama ni saya tak tahu ada dalam diri saya. Di saat saya rasa saya tak mampu memenuhi harapan cikgu, cikgu bimbing saya dari kosong dalam persatuan sejarah dan juga rumah sukan Raja Lumu, dari seseorang yang tak dikenali di sekolah kepada seseorang yang boleh cikgu-cikgu harapkan. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu juga saya dianugerahkan anugerah Tokoh Pelajar 2005, even sampai ke hari ni saya masih berbangga dengan pencapaian tu dan sebenarnya saya dedikasikan anugerah tu untuk cikgu juga sebab tanpa cikgu saya yakin saya tak mampu lakukan. Macam itu lah besarnya peranan cikgu dalam hidup saya selain dari aspek pelajaran. Melihat keadaan kesihatan cikgu sekarang, Saya doakan agar cikgu terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik dan kembali ceria selalu sebab keramahan dan keceriaan cikgu dulu tak akan pernah hilang dalam ingatan saya dan kawan-kawan. 


"Siapa yang melupakan sejarah, pasti akan mengulanginya." -slogan persatuan sejarah SMKTD 2004/2005 ilham dari cikgu Asmah-



Terima kasih banyak-banyak cikgu semua. Jasa dan pengorbanan akan saya dan teman-teman kenang sampai bila-bila. Terima kasih juga sebab jadi antara watak terpenting dalam menjadikan zaman persekolahan saya zaman yang paling manis untuk saya kenang. Selamat Hari Guru 2017 dari saya.


-Tadika KEMAS Kampung Kastam Kuah, Langkawi.

-SK Langkawi.

-SMK Mahsuri, Langkawi.

-SMK Telok Datok, Banting.

-Fakulti Pengajian Perniagaan, Universiti Teknologi MARA.


Comments

Popular Posts