Hatyai-Songkhla Trip 2018 (Dunkirk Ave. Gang)

28.09.2018 (Jumaat)

6.15 am- KUL-AOR
7.30 am- Arrived at AOR
9.30 am- From AOR by car.
Singgah petronas changloon buat insurans kenderaan masuk thailand rm13. (Passport / geran kereta, semua passenger pun kena bagi Pasport jua)
10.30 am- sampai border
11.30 am- selesai urusan di border (sadao custom house) utk pemilik kenderaan. Kena turun pergi kat custom house utk dclare (bagi pasport owner dengan reg card)
1.00 pm- Check in di Blue Orchids Hotel Hatyai. rest sat. RM83/night/triple room - Bookings.com
2.30 pm- Book grab (THB138) Ke Nesthome Halal Restaurant, 194 Nipatuthit Road 2 Tambon Hatyai. My review: Halal food not too bad, price pun murah dan sedap, staff pandai cakap Melayu. Tapi serving lambat dan kedai berbau kucing. 🐱 walaupun cek suka kucing tapi bau masa nak makan tu macam kurang menyenangkan. Emm..
4.30 pm- Lepas makan kami ke the infamous Khlonghae Floating Market naik grab juga (THB220). Floating Market ni buka start jam 3 sampai malam Friday-Sunday saja. banyak gila variety street foods yang best. Uncle suka moi dia sedap gila.. pahtu teh ais dalam buluh or terracota tu acah2 hipstur. Pahtu banyak lagi la foods kuih2 yang kami beli. Uncle pi amek2 gambaq ja, hat pempuan2 apa lagi shopping sakan la 😋.
7.00 pm- Book grab ke Asian Night Market (THB245). Ga usah ditanya lagi apaan di sini. Rambang mate beb. Nak kentalkan hati tanak shopping, uncle tewas jua 😝. Lepas tu alang2 kami dinner je kat food court kat level 2 Asian Night Market ni. Ok la gak. Banyak je pilihan.
10.00 pm- kami semua tewas plus kesian ngan mama penat lenguh kaki dok ikot kami berjalan. So book la grab balik hotel (THB125).
Tamat perjalanan first day kita.



Pemandangan di sekitar Klonghae Floating Market.


Nesthome Restaurant for Lunch.

29.09.2018 (Sabtu).

9.00 am- Book grab ke Restaurant Zaina Halal Dimsum Hatyai (THB148). Orang kata yang famous tu Chabura Dimsum kan? Tapi dengaq kata situ pack sangat. So kami decide pi sini ja. Hey not bad at all. Mur2, sedap dan tak ramai sangat. Recommended.
10.50 am- Book grab balik Blue Orchids Hotel (THB154) tak tau la pasaipa mahai sket, tadi masa pi THB148 ja huhu. Oklah.
11.30 am- drive ke Songkhla. Kurang lebih 1 jam camtu kami pun sampai lepas ikot waze sesat2 celah mana hala tah. Place of interest : Naga fountain (Songkhla Lake), Mermaid Statue (Samila beach), Museum, Temple2 (Tak pi), Street Art (Tak pi) etc. 
3.00 pm- Drive balik Hatyai. On the way singgah Songkhla Central Mosque. Actually masejid ni dekat lagi dengan Hatyai, tak sure pasaipa Songkhla dapat nama haha. Nak tau, dengar cerita ni lah lokasi utama kawin lari 🤭 or untuk pasangan2 dari Malaysia yang nak menikah 😛. Dok pi temple je kan melawat la sat Masjid Besaq Songkhla ni ada baiknya.
5.00 pm- Sampai hotel kami drop mama sebab dia tak larat nak folo berjalan da. Then kami book grab ke Khlonghae Halal Seafood Buffet yang famous tu (THB152 4 seater). Buffet ni per head THB289 eat all you can. Hamekkau. Memang terbaik weh.
8.15 pm- Book grab ke Khlonghae Floating Market 🤗 (THB110 4 seater). Shopping lagi 😬.
9.00 pm- Book grab ke Asian Night Market (THB196 4 seater). Shopping lagi, belum puas 🤗
10.30 pm- Book grab balik hotel (THB92 4 seater). Tamat perjalanan hari Sabtu.


Restoran Zaina Halal Dimsum


Songkhla Central Mosque

 Naga Fountain (Songkhla Lake)

Mermaid Statue (Samila Beach)





Khlonghae Seafood Halal Buffet


30.09.2018 (Ahad).

9.00 am- book grab ke Kimyong Market (THB93 4 seater). Ha beli lah apa2 yang korang nak kat sini, mostly orang cari kekacang.
Ada 1 kedai nasi kerabu halal dekat area kimyong Market ni nama kedai tu Ratna muslim foods. Ade roti canai jua. Kena rajin tanya orang sebab kedai dia tersembunyi sikit. 
11.00 am- Book grab balik hotel (THB93 4 seater). 
12.00 pm- checkout. Melawat Phra Maha Chedi Tripob Trimongkol atau lebih dikenal sebagai Kuil Besi 😬. Kami skip Hatyai municipal park sebab macam dah banyak sangat beristikomah dekat temple kan haha, plus masa tak mengijinkan. Tapi kalau korang nak singgah amek gambar kenang-kenangan why not. Kami terus drive menuju ke border 🇲🇾.
4.00 pm- Lunch dekat Danok. (Harga da macam kat 🇲🇾)
5.30 pm- sampai AOR.
9.00 pm- Flight balik KUL. Zzzz 😴

 Depan Blue Orchids Hotel




Memborong sakan kat Kimyong Market, jangan borong cik Bi sudeh haha.

Kedai breakfast nasi kerabu dan roti canai halal dekat Kimyong Market.

Phra Maha Chedi Tripob Trimongkol @ Steel Temple.

P/S terima kasih kat Kak Rina dan keluarga yang sanggup bertemankan uncle jalan2Hatyai. 
Sampai penuhla gambaq uncle dalam kamera dia. 😂 lepaih gambaq kita, kita lagi, lepaih kita kita lagi dia kata.

P/S : Grab kitorang memang amek yang 6 seater unless yang mana yang uncle mention 4 seater tu. Actually lagi jimat dari tuk tuk. Ni apa yang orang kata la. Uncle tak cuba la pula tuk tuk. 🤣

Comments

Popular Posts