Jul 29, 2015

Alahai Optom// pengalaman membeli kanta lekap di Australia

Assalamualaikum Wbt.

Entry kali ni aku nak story pasal experince ke Optom. Tu lah, orang rabun kan. Last week aku baru sedar lens aku dah expired bila aku mula rasa pedih kat belakang mata. Worst part, aku dah takde stock contact lens. Nak tak nak kena lah pergi cari kan. So aku pun survey 2 3 kedai kat town nearby. And semua tak ada ready stock, diorang memang tak simpan contact lens untuk dijual, kena order dan dalam 3 4 hari baru dapat. Last aku decide nak ke OPSM eye care sebab kedai ni ada banyak outlet kat Australia. Adoi aku dah start dizzy sebab dah keluar rumah with naked eyes and blurry vision. Sangat tak convinient. Worst part, diorang nak latest prescription dan specific jenis contact lens camne yang aku nak. Aku cakap la I don't mind, price is my main concern. Lepas tu makcik tu cam nak marah aku..dia cakap "No no no, it shouldn't be that way. You have to know specific type that suit your eyes, you have to know what is the best for your eyes, that's your treasure". Katanya. Tersentap skejap aku. Mana la nak ada prescription semua tu, kalau kat Malaysia aku just cakap power berapa, and pilih contact lens yang murah. Paling tidak pun cek power directly before purchase. Aku rasa korang pun sama camni kan? 

So makcik tu terus arrange appoinment dengan expert untuk intense eye test. Benda ni memang wajib kat Oz, setiap kedai ade instrument yang sangat detail macam gambar yang aku attach kat bawah. Bukan cam Optom kat Malaysia, kena pergi ke Main branch untuk buat eye test detail camni. So aku tanya makcik tu berapa kos untuk appoinment tu, dia cakap no worries about that, so aku pun agree.

Dalam bilik tu memang dia cek detail gile wei, tu first time aku undergone intense eye test camtu seumur hidup. After checking sambil2 dia update info tentang mata aku kat sistem database dia, dia bagi aku try pakai contact lens yang ada, khas untuk orang yang wat eye test. Tak selesa? Rasa tebal? Blurry vision lagi? Ok bukak, try yang lain pula. Masa tu aku dah rasa awesome gile service diorang. Optom tu siap titikkan eye moist dalam mata aku sebab katanya too dry. Mungkin sebab faktor cuaca di Australia yang terlalu kering. ok done aku dah jumpa lens yang aku rasa selesa. Almost doneee.. nope, not yet. Optom tu kasi aku lens yang aku pakai tu for free. 1month punya. Siap bagi contact lens solution tu ngan eye moist drop for free... siot awesome gila. & optom tu arrange appoinment a week after untuk follow up aku sesuai tak dengan lens tu. Aku leluar kedai tu dengan rasa puas hati.

Then sehari before my next appoinment which were yesterday (28/7/2015). Aku dapat text message reminder tentang appoinment haha. Kalau ikotkan if aku tak nak datang pun boleh, yela dah dapat sepasang lens for free untuk sebulan. Hehe. Tapi aku pergi la juga, so optom tu follow up la macam mana aku rasa ngan lens tu dan titikkan lagi eye moist ke dalam mata aku. Aku request jenis lens yang lasak tapi safe untuk kegunaan traveller cam aku. Binggo she got exactly the type of lens that I just needed. Lens yang dia rekemen boleh buat tidur in case aku fly ke travel ke. 2 kotak lah since power mata tak sama between left and right eyes. Awesomeeee. And finally she gave the prescription to me and yes as expected, power dah naik R: 3.0, L: 3.25. Kad tu aku kena simpan in case aku nak gi beli lens kat mana mana optom just tunjuk je kad tu, valid setahun. 

Ok ni part yang paling aku nervous. Bila time nak bayar. Dalam hati aku ni mesti kena Aud200 at least ni. Papppp makcik tu bagi bil Aud150. JE?????? Seriously JE???? HAHAHA. Murah la tu. Kedai yang aku survey sebelum tu Aud170 tak termasuk eye test. Pehhh memang awesome. Jangan la compare and convert dalam RM memang la jadi mahal. Aud170 tu gaji berapa jam je kat Australia hahaha... 

At the end of my story, aku sangat puas hati dengan service level Optom kat Australia ni. Mungkin Optom kat Malaysia patut contohi benda yang sama. Memang la customer ni kadang degil, dia dah biasa pakai 1 brand yang murah tu dia nk pakai yang tu je sampai bile bile. Macam kat sini, diorang insist tak bagi aku beli lens selagi tak de prescription dan jenis lens yang kita biasa pakai. Kalau kat Malaysia aku mengamuk dah haha. Tapi tugas optom as expert lah kena terangkan kat customer. Kan?? Kita plak as customer, jangan la belagak lebih pandai dari Optom. Rosak mata kang tak pasal. Ok tu saja nak cerita sal Optom haha daaa...





No comments:

Post a Comment