Mencari kesempurnaan dalam hari hari yang terindah.

Perjalanan sebuah kehidupan of course dipenuhi dengan macam macam cabaran..kehidupan tak semestinya menjanjikan bahagia dan kehidupan juga tak selamanya penuh dengan kisah duka. Tapi apa yang pasti, kehidupan memerlukan seorang pejuang yang penuh dengan sifat kesabaran, keyakinan, kesanggupan dan keinginan yang tinggi. Macam mana kita nak cari sifat sifat macam tu, tepuk dada tanya la diri sendiri.

Seringkali dalam hidup aku diingatkan betapa kental dan cekalnya insan bernama Faiz. "Kau fighter, cekal, kuat, orang yang sangat bersungguh sungguh akan dapatkan apa yang dia mahukan." Kadang kadang kita sendiri tak sedar keupayaan kita sampailah kita disedarkan macam tu. Baru-baru ni salah seorang antara kawan yang paling lama bertahan dalam hidup aku sejak sekolah rendah menghubungi aku and she expressed on how much she adore my spirit yang selalu kejar apa yang aku inginkan. Honestly aku tak ingat yang aku pernah bercerita tentang impian aku kat dia masa sekolah rendah. After so many years she still remember my dream dari kecil mahu melanjutkan pelajaran atau bekerja dan tinggal di luar negara. Walaupun negara tu tak sama dengan apa yang aku ceritakan kat dia. Well dulu aku teringin nak stay kat UK katanya, yes it was previously haha.

Well life tak sentiasa berlaku adil untuk kita, tu fact yang kita kena terima. Bak kata seorang hamba Allah kat aku which aku ingat sampai sekarang, life isn't fairy tale". Haha. Sometimes we have to sacrifice the things we like. But we got to do what we have to do walaupun ianya sukar. Mungkin orang tengok kat ig and fb well si Faiz ni having the time of his life kat Oz. Yes, indeed. Tapi korang cuma dapat tengok apa yang aku nak tunjuk je. Huhu. Orang yang melihat dari luaran tak faham "harga" yang aku kena bayar untuk life macam ni. Well sometimes I do feel lonely like, owhhhh aku dah terbiasa berkawan dan hang out with friends when I was in Malaysia. But in here, yes ada ramaii kawan Aussie, tapi situasi dan perasaan tu berbeza. Huhu.

But it's totally fine for me. Apa yang penting my family. Diorang nampak sangat happy anak lelaki nan satu ni dah jadi anak yang berguna, boleh bantu diorang. Apa yang diorang nak, dah boleh dapat. Ayah pula siap suruh stay 3 4 tahun kat dini, ada peluang sambung Master kat Australia katanya. Haish dia tak tahu plan aku at this moment mungkin setahun je. But we'll see. But actually aku sangat enjoy kat sini. I love everything especially when shopping lol. I think I need to send my "treasure" back to Malaysia when I'm done living in Australia, by container maybe?? Dah banyak sangat  benda aku beli. Pinggan mangkuk, pakaian lagi lah. Lol. Insya Allah, kalau murah rezeki di sini lama lah aku kat sini. Betulkan niat, ikhlas kan hati, insya Allah rahmat Allah terbentang luas kat mana mana pun. Pengalaman tinggal di Australia adalah pengalaman
yang paling bermakna dalam hidup aku walaupun terpaksa berkorban certain things yang aku sayang. Hidup perlu diteruskan, dan sekali aku melangkah tetap akan aku teruskan. Sepahit apa pun perjalanan aku, ia adalah pelajaran yang bermakna.

As a conclusion, kehidupan yang kita lalui ni adalah guru yang terbaik untuk kita melangkah tanpa rasa lelah. Ujian dan dugaan itu perlu untuk mematangkan kita.

Cheers~faiz



Comments

Popular Posts