Hari-hari terakhir musim sejuk pertama dia Australia.

Assalamualaikum wbt.

Harini tanggal 24 Ogos 2015. Lagi beberapa hari saja musim sejuk akan berlalu. Sedar tak sedar dah nak habis, frankly ni adalah musim sejuk pertama aku kat Australia. Yup, nampak cam tak sejuk sebab tak ade salji kan? Please don't underestimate winter kat sini. Suhu boleh sampai -4. Cuma tak ada salji sebab Australia ni benua yang kering. Ingat lagi awal-awal winter dulu. I'm struggling to adapt with the cold! Tapi Alhamdulillah syukur aku berjaya lalui satu musim yang ramai orang tak suka. Tanpa sebarang illness seperti demam, selsema dan batuk..hey my antibody work very well, bravo2.. jangan sakit-sakit ya. Susah nanti.

Satu lagi aku seakan tak percaya aku berjaya lalui moment-moment ngeri yang menghantui fikiran aku awal-awal dulu. Macam mana nak balik rumah malam-malam ni? I mean, aku kerja shift, of course bile kena time aku kerja malam, aku kena balik rumah jalan kaki as there's no bus services at night kat sini. Nak naik cab mahal, dalam 8-10 dollar. I had my casual walk to home almost everynight, burning dinner while having a "Jessie J moment",  so bayangkan la aku jalan kaki dalam 2.5km dalam sejuk 2, 3 celcius sorang-sorang. Asap kepul-kepul kua dari mulut. Kebas semua benda, tangan, pipi, bibir haha.. and yes aku always bawak jacket, glove and snowcap untuk aku pakai masa balik kerja. And now, winter is almost over. I'm sure I'm gonna miss winter so much. I'm not sure whether I'm still around or not next year. Hanya Allah yang tahu perancangan Nya.

Life is getting better, persetankan segala masalah remeh temeh kat Malaysia or dengan sapa-sapa. Aku taknak fikir, I just want to enjoy this moment. Moment of reflection. Tak ada kawan nak bercerita?? Blog kan ade? Or cari lah kawan-kawan kat sini. Jangan lah buat kepala sendiri kan? Itu lah yang aku pegang sekarang ni. Itu tak boleh ini tak boleh, urghhh..I don't care orang ni tak suke orang tu ke, orang tu tak suke orang ni ke..asal aku ok dengan semua orang dan asal aku menjaga "kain" aku sendiri. Nama-nama cam Charlie, Kylie, Suzi, Ean, Rick, Anthony, Matt, Lily, Mairead, Corry, Adam etc akan selalu ada dalam kepala aku and I'm gonna miss them bila aku balik Malaysia nanti. They're such a good friend of mine at work.

Hidup ni untuk di nikmati, bukan untuk diratapi. Buat apa nak ratap masalah yang tak kan pernah habis? Hilang satu kenikmatan hidup. For those yang rasa tak boleh nak cope please stay out of my way ok. Aku baru je bermula and you haven't seen the best of me. Terpulang lah nak kata aku selfish ke apa ke, yes, I'm living in my own world of self indulgence. Salah kah? As long aku tahu apa aku buat untuk orang tua dan keluarga aku. Macam aku cakap kalau tak leh cope then stay out, jangan jadi penghalang aku nak enjoy every moment of my life. Dan aku tak suke dengan masalah remeh temeh yang tak mendatangkan apa-apa kebaikan. Aku ingat lagi masa aku nak fly dulu, aku pernah cakap kat my friend, probably this is the last time you'll see me around until we meet again in 2 or 3 years time. Aku harap aku masih disini untuk musim-musim akan datang. I just love living in Australia. Aku lah antara si tanggang yang tak nak balik ke Malaysia, untuk berapa lama? Aku pun tak pasti. Cuma yang kat atas tu yang menentukan. Sehingga sekarang, aku masih di sini dan aku sangat enjoy dengan kemisterian hidup aku yang selalu menjadi tanda tanya. Haha. Hidup aku adalah rahsia aku, dengan siapa, siapa yang aku suka, apa aku buat, apa yang aku suka semua kekal misteri jeng3...

Aku harap ni bukan post terakhir aku musim sejuk ni. Hujung minggu ni aku nak ke Mount Buller bermain salji untuk kali terakhir sebelum winter habis. Nantikan post aku minggu depan. Mount Buller aku datang!! ADIOS.

~faiz~

Comments

Popular Posts