Dec 29, 2015

Australia bumi bertuah.

Hi guys, 

Aku ade baca 1 entry blog brader yang bekerja kat Jepun dan dia bagi 24 sebab kenapa dia tak terfikir nak balik Malaysia lagi as life dia pun sangat-sangatlah better dari kat Malaysia sekarang, ramai yang sokong dan ramai juga yang beri komen-komen negatif like, dah lupe daratan semua... For me brader tu ade alasan tersendiri kenapa dia cakap camtu, try to walk a miles in his shoes and then only you know why... Aku faham je situasi tu, 2 tahun aku menetap dan bekerja kat bumi Australia ni, sepanjang-panjang tempoh tu juge berpuluh bahkan beratus-ratus soalan orang tanya kat aku.. "Bila nak balik Malaysia?", "berapa lama lagi nak duduk kat Australia?", "tak rindu family ke?", "tak rindu nak lepak dengan kawan-kawan ke?", "tak rindu masakan Malaysia ke?"..... Banyak lagi lah soalan-soalan serupa...

Honestly, macam jawapan aku dalam entry aku yang terdahulu, aku sendiri tak ada jawapan spesifik untuk soalan-soalan tu.. Apa yang aku boleh cakap selagi ada rezeki aku kat sini, aku teruskan.... Dan aku gembira dengan life aku sekarang. Call me naive I don't care, but I'm really-really happy. Aku mulakan hidup baru dari ZERO.

Tapi yang pasti, hanya Dia yang kat atas yang lebih mengetahui. Tapi kan kat entry ni aku nak kongsi dengan korang kenapa aku rasa seronok sangat stay kat Australia sampai belum terfikir nak balik. 

1. Aku ni English bukanlah power sangat, even SPM pun dapat B je, kalau bercakap grammar ya ampun tunggang langgang. Vocab lagi hauk. The best part, kau tak perlu risau pun orang ejek ko tak reti speaking English like most of Malaysians do in Malaysia, salah cakap sket nak nyenyeh, menganjing sampai kiamat..sini oh tak mungkin, diorang respect everything as diorang pun tahu English is not our first langguage. Dan kalau diorang betulkan kesalahan ayat English kite pun, very polite & gentle, bukan ngata-ngutuk cam salu kita hadap kat Malaysia. 

**my good friend kat Oz. Always layan aku baik dan diorang ni faham aku adalah seorang muslim. Tak pernah ajak aku "minum" & diorang sendiri akan hidang soft drink kat aku kalau kitorang lepak. 

2. Of course the only main reason yang buat aku stay lama kat sini adalah faktor ekonomi. Kat sini kau gaji everyweek, tak perlu tunggu sebulan. So every Friday is our payday. Dan barang-barang kat sini memang sangatlah murah kalau di kira dalam currency dan gaji kat sini. Bayangkan contohnya gaji kau seminggu 1000aud, ni antara yang paling cikai, kalau nak belanja barang dapur contohnya daging lembu or lamb : 10$/ kg, whole chicken 10$, ubat gigi Colgate tu 1.90$, even baju-baju t-shirt yang berkualiti pun harga sangatlah murah contohnya tshirt h&m korang boleh dapat dari 15$ je. Again I'm talking about earning in Aud, so janganla convert ke RM okeh?

**kacingggg $$$💸💸💸

3. Public transport yang sangat efisyen, siyeshit tak tipu. Tram services within city circle adalah FREE okeh??? Dan kalau naik train pulak, sekali korang dah touch kad tu kat gate, valid selama 2 jam korang boleh travel kemana-mana using the train services tanpa perlu bayar banyak2 kali.. Best kan? Kalau kat Malaysia nak naik tren dari Salak Selatan ke Mid valley dah kena bayar, tak sampai sejam nak balik Salak Selatan balik kena bayar lagi kan? Ke dah lain sekarang? Ngeeee... Sangatlah mudah korang nak kemana-mana kalau kat sini. Bayar tol pun tak perlu risau kehabisan kredit dalam kad touch and go as tol tu automatik tag no kereta dan kita sendiri kena bayar secara online. Dan kalau tak bayar pun takdela sampai palang kat tol tu tak bukak tak bagi kita jalan haha. Cuma kalau kau tak bayar, kau tak boleh renew road tax jela. Heee 

**Melbourne's old tram. Bandar ni mempunyai rangkaian tram terbesar di dunia tau, bukan San Francisco, bukan London heee..fakta.

**Mebourne's Metro Services. Aku kena admit walaupun sangat punctual, I mean really2 punctual, tapi coach train ni tak sebersih kat Malaysia. Heee.. 

4. Culture dan budi bahasa. Orang kata western people ni agak rude dan takde budi bahasa, izit true??? Let me tell you my experience, sepanjang aku guna public transport kat sini, jarang aku tengok local people tak say thanks kat driver bas tu, as compare kite kat Malaysia, ade ke ucap terima kasih kat driver bas? Mungkin ada, tapi Jarang kot?? Dan orang-orang sini sangat lah peramah dan murah dengan sikap tolak ansur.

5. Sayur dan buah-buahan yang sangatlah fresh, korang boleh dapat anytime dengan harga yang sangat murah. Aku yang tak minat sayur ni pun minat membeli sayur kat sini. Dan kerja kalau korang nak merasa kerja petik buah pun boleh juga. Haha.. mencari pengalaman orang kata. Eh aku penah buat ok? 


6. Next of course lah Oz ni banyak tempat-tempat menarik. Seriously sangat banyak. Well apa yg korang expect? Negara ke-6 terbesar dunia dengan coastline yang sangat menakjubkan, pantai yang bersih, bandaraya-bandaraya yang hebat. Tapi bukan tu saja, banyak lagi tempat di pedalaman Australia yang tak berapa nak diberikan publisiti tapi sangat cantik! Rasanya nanti korang akan dapat juga baca entry2 uncle tentang tempat2 menarik di pedalaman yang uncle kunjungi. Sabar ya heheeh.

Ok rasanya tu je kot hahaha.
~FM~

No comments:

Post a Comment