Jan 20, 2013

Note3sixty #baliindonesia#

Actually aku memang nak sesangat post gambar-gambar trip aku ke Pulau Bali, Indonesia secepat mungkin, tapi ya ya...sama excuse, takde masa bla bla bla....Trip aku ke Pulau Bali, Indonesia bersama seorang teman pada bulan May 2012. Actually kitorang dah book tiket ni since 2011, masa tu Air Asia ade promo which bagi aku takde la promo nye sangat....tiket pergi balik dalam RM500.

Aku memang tersangatla excited sebab ni adalah kali pertama aku naik flight since aku darjah 2 kot...so aku dah lupe macam mane rasanya nek flight. anddd more important is, ni adalah self reward untuk aku, aku dah bertahun kerja time ni dan I think this is just the right time to get some break and pampered my self hehe..

Kami tak amek travel agency dari Malaysia, sebaliknya kami contact terus travel agency di Pulau Bali, bagi sesetengah orang ini mungkin sedikit menjimatkan tapi aku sendiri tak tahu sejauh mana kebenarannya. Well actually kami berada di Bali selama 5 hari 4 malam, dan penginapan pulak di sebuah hotel berkonsep boutique bertaraf 4 bintang iaitu JBoutique Hotel. Sila lihat gambar bilik kami dibawah. Nice kan? Sangat lah selesa okay. Sila click link ni untuk melihat lebih lanjut fasiliti hotel.. http://www.jboutiquehotel.com/

 



Kalau korang bercadang nak ke Bali, ade beberapa tempat yang aku nak cadangkan yang wajib korang pergi, tak faham??? Okay...PLACES THAT YOU MUST GO, faham?? huhuh.. Antaranya Tanah Lot, Uluwatu & Taman Ayun Temple. Korang kene pergi sebab kat sini korang akan dapat rasa 'jiwa' Bali yang sebenar. Actually Bali bukanlah sebuah tempat yang kite boleh pergi membeli belah macam Bandung or Medan, main attraction kat sini adalah budaya, senibina dan maybe fesyen kot hahaha...laah gelak pulak, korang boleh refer link ni untuk tengok ranking Bali as one of Fashion Capital of The World...No 14 kot..  http://en.wikipedia.org/wiki/Fashion_capital. Aku ni pula spisis suke tengok senibina and culture orang. Pantai Kuta pulak memang happening dengan pelbagai aktiviti. Cuma, pada pandangan aku pantai ni takde lah secantik mana macam yang orang hebohkan.

Satu benda yang sangat aku particular kat sini adalah food..sangat susah kite nak determine kedai makan atau restoran tu makananye macam mana, well if you get what I mean. 95% dari populasi penduduknye adalah beragama Hindu. Muke memang sama dengan orang Islam Indonesia...tapi kat sini, penduduk muslim hanya lebih kurang 5% sahaja. Sebelum aku berangkat ke Bali, seorang teman sekerja aku which is Muslim pernah rekemen sebuah restoran makanan halal katanya, nama tempat tu Warung Madi if I'm not mistaken...sampai kat Bali aku beriya la cari kedai tu, dengan yakinnyer aku duduk and pelayan tu menu...sekali aku tengokkkkkkkk... "Babi Guling".."Babi itu"..."Babi ini"..bla bla bla....terus aku blah sambil teringat kat kawan aku yang rekemen tuuu hahahaha....Kalau korang nak selamat, pergi lah ke restoran masakan Padang yang lebih terjamin. Nama restoran tu Padi Prada. Well disebabkan makanan halal agak sukar didapati, jangan terkejut if korang tengok senarai harga di kolum sebelah kanan menu hehehe... Aku suka tempat ni dan aku pasti akan kembali satu hari nanti hehehe..sebab ade beberapa lagi aktiviti yang aku nak sangat wat tapi tak kesampaian cth nyer, mendaki gunung berapi etc. Uhmmm sebelum habis, total perbelanjaan aku termasuk hotel, makanan dan flight adalah RM2000.00 tak lebih...ada baki lagi hehehe...




Berikut antara tempat-tempat menarik yang aku kunjungi sepanjang lawatan hahahaha (skema) ke Bali.








 **aktiviti penyucian dosa (kate kau), dorang ni mandi holly water from the temple...pastu sembahyang.**
**cian tante ni sampai tertido menunggu pelanggan kopi tuak nyer**


 **18 sx, sila pejamkan mata bagi mereka yang rasa gambar ni agak keterlaluan hehe**




Rating : 
Hotel : 8/10
Food : 6/10
Happiness : 9/10
Shopping : 7/10
Place of Interest : 9/10

#definately place for honeymoon and romance#

No comments:

Post a Comment