Pengembaraan ke Switzerland (Note3sixty #switzerland#)

Hiiii....hari ketiga kami bertolak pula ke negara yang sering menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood di Eropah iaitu Switzerland. Kami bergerak lebih kurang jam 9 pagi local time menaiki chartered bus. Actually dari kejauhan di Milan kite boleh nampak dah pergunungan Alps...pagi ni sangat sejuk dalam 15 darjah celcius. Lepas je border Italy di Utara, terus jumpe Switzerland hehehe...actually negara dorang ni berjiran. Cuaca di Switzertland seperti yang kami jangka, memang sejuk, keadaan lembab sepanjang masa. 

Sepanjang-panjang perjalanan kami menaiki bas tu, aku sangat kagum dengan cara mereka membina jalan raya, sebab aku tak pernah jumpa negara yang sangat banyak terowong macam Switzerland ni, sebab negara dorang ni terletak di tengah-tengah Eropah, so bergunung-ganang lah..Mata pun tak berkelip melihat sajian pemandangan di luar...sangat cantik. Aku berangan seketika taknak balik Malaysia. Kami tiba di bandar Luzerne yang terletak di Tengah Switzerland pada kira-kira jam 3 petang. Bandar Luzerne ni nama lain die Lucerne. Antara bandar tumpuan pelancong dari serata dunia sebab kat sini korang boleh tengok pemandangan yang sangat cantik macam dalam cerita dongeng kanak-kanak. Ngeeee....Kalau korang nak tahu, populasi penduduk di Switzerland ni cuma 8 juta orang jer, hampir 2 juta daripadanya adalah warga asing. Tapi Switzerland adalah negara ke 4 terkaya didunia hehe. 2/3 dari rakyatnye bertutur dalam bahasa German sebagai bahasa utama sementara yang lain bertutur dalam bahasa Italy, Perancis dan Roman. Oleh sebab ituuuuu...jangan terkejut orang-orang kat sana actually bertutur dalam 4 bahasa sekali gus hehe. Pelancong dari Malaysia juga merupakan antara pelancong yang paling ramai mengunjungi Switzerland. Dalam top 10 jugak la, jadi tak menghairankan jika korang pergi ke butik-butik terkenal, dorang memang dah sediakan sales girl/man yang pandai berbahasa Melayu.

Aku rasa sangat selamat sepanjang berada di sini. Kalau korang nak tahu jugak, pisau-pisau rambo yang kite selalu tengok jual kat Malaysia harga beratus-ratus dalam rak kaca tuu semuanya berasal dari Switzerland. Dorang ni pakar dalam menghasilkan produk besi dan senjata selain dari jam dan cokelat. Soal makanan kat sini bagi aku kurang kena sket la dengan selera....dorang ni takde laut, sungai dengan tasik banyak la...kebanyakkan makanan dorang ni berasaskan ikan laut yang berhijrah ke sungai contohnye salmon, dannn makanan kat sini sangat mahal okay. Kami stay di dua buah bandar di Switzerland, 2 malam di Monopol Hotel, Lucerne dan 2 malam di Radisson Blu Hotel Basel. Setakat ni hotel Monopol adalah favourite 

 **Hotel kale maroon tu dulunya adalah sebuah hospital, dan dikatakan berhantu sampai sekarang, dan gambar ni di ambil dari tingkap bilik kami di Hotel Monopol yang tak boleh buka.

Trem adalah main mode of transportation kat Eropah, aku kagum takde pulak kejadian orang kena langgar dek trem ni kalau kat Malaysia aku rasa dah macam pin bowling strike dah orang kena langgar..Dorang ni sangat berdisiplin la, melintas jalan kat zebra crossing je okay.. kami dapat free pass untuk dua hari, naik lah ke mana pon kau nak asalkan tahu jalan balik.

Kesimpulannya kami mengahbiskan masa 4 hari di Switzerland. Saya akan mencadangkan negara ni sebagai destinasi percutian bersama keluarga dan bagi mereka yang sukakan kehidupan lay back yang relax sebab negara ni tak busy. Selamat dan banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak di pergunungan alps.

Spending : Uhmmmm kat sini semua spending aku dah tak kire, kelaut semuanya..hahahaha

Rating 
Hotel : 9/10
Food : 5/10
Happiness : 9/10
Shopping : 5/10
Place of Interest : 6/10

Yang WOW : Pengalaman di pergunungan Alps, pemandangan dan lifestyle yang aku idamkan hahahaha....relax dan tenang.
Yang Euww : Food kot.....tak enjoy sangat lah. Pahtu nyesal sebab tak beli jam tangan as buah tangan wuuuu....Korang jangan tak beli jam tangan, murah woooo....aku tak beli kononnye sebab aku ni jenis tak pakai jam.


Comments

Popular Posts