Menantikan orang nun di Malaysia datang melawat di Melbourne.

Assalamualaikum wbt.

Uncle tak sabar sebenarnya, khamis ni kawan Uncle dari KL nak datang sini melawat, cuti cuti, jalan jalan semua. Boleh la uncle ambil kesempatan nak bawak dia tour kat sini, sambil sambil Uncle pun nak jalan jalan skali. Lol.

Flight si Ery tu sampai Melbourne jam 11 malam, terus dia check in kt hotel Flinders Backpacker Hotel untuk satu malam (untuk rates sila lah buka booking.com atau kepada sesiapa yang tak de kad kredit & paypall tu sila lah guna expedia.com ya) harga untuk satu malam hotel backpacker twin bed, selalu nya dalam aud50-70/night/person. Khamis tu dia nak jalan sendiri dulu sekitar CBD (central business district). Sebab nya Uncle kerja lagi khamis tu. So dia nak ke mount buller dulu katanya main salji. Kat Australia ni unik sket cuacanya walaupun kadang kadang suhu musim sejuk dah mencecah negatif, still takde salji sebab kebanyakkan tempat kat sini kering. Salji CUMA ada di wilayah high country, kat Victoria state. Kat sini ada macam macam gunung e.g Mount Buller, Mount Sterling dan Mount Buffalo tapi yang paling famous Mount Buller lah, memang sejibik cam kat Alps. Mount Buller ni juga tempat Olimpian2 Sukan Olimpik Musim sejuk Australia berlatih ski everything. Walaupun Uncle tak pernah ke Mount Buller lagi, tapi Alhamdulillah ade la sket info hasil reseach Uncle untuk di kongsi. Nak ke Mount Buller ni ambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan dari Melbourne. Kalau musim Winter camni (June-September) banyak pakej tour ke sana. pilih je. Uncle tengok paling murah tiket pergi balik dari Melbourne ke Mount Buller balik hari serendah AUD100. (dari southern cross station ade, dari CBD ade, dari Airports ada, even hotel hotel yang korang duduk tu ade tour). Kalau nak bermalam kat Buller hehe korang kene buat booking seawal yang boleh sebab memang full. Banyak je hotel kat  atas tu. Sila lah layari website agoda dan seangkatan ya.

Perlu Uncle ingatkan, tiket sky lift atau kabel car lah senang untuk angkut kita dari bawah ke puncak gunung will cost us dalam AUD17 sekali naik tapi mungkin berubah kalau pergi time peak time. kalau nak beli daily pass pun boley naik la banyak mana pun. Dalam AUD90 tak silap.

Kalau korang nak sewa kereta dari Melbourne drive sendiri ke Mount Buller pun boley. Sewa kereta sangat la murah kat Melbourne, bermula dari AUD50 sehari. Tapi deposit jangan lupa. Untuk pemegang Kad Kredit, diorang cas AUD250 Deposit. Without credit card AUD500 ya. Mahal nak mampos. Macam Uncle tade kredit card, so terpaksa la... sedehhh... Dan kalau korang nak sewa kereta, makesure dengan service provider tu, unlimited milage ke limited? Baca betul2 t&c dia tu. certain car rental company limit kan sehari 400km je kereta tu leh jalan. kalau lebih dari 400km, setiap extra KM diorg cas AUD0.30. So kalau korang terlebih 100km korang kena bayar extra AUD30 lah which diorang akan potong dari deposit. Pelik kan?? Dan satu lagi TOLONGGGG take note, sila la tukar international licence dlu or at least lesen jenis baru yang ada english translation kat JPJ. Kadang kadang, ni pengalaman Uncle sendiri, diorang susah nak terima lesen dual langguange Malaysia tu, dorang nak juga international licence. Pelik, padahal boleh je pakai sebenarnya. Cuma diorang mengada nak cas lebeh. Kuang ajo! Satu lagi mungkin driver Malaysia ni ada bad reputation kat sini. kalau fikir logik betul juga tengok la news hari hari ada berita pasal kemalangan maut kat Malaysia. Sini pemanduan sangat berhemah dan undang undang ketat ya.

Ok belum habis sal sewa kereta nak ke Buller. Korang kena mention kat car rental company tu korang nak pergi area salji. then diorang akan provide wheel chain ape bende tah, bende tu WAJIB ade kalau tak korang tak akan di benarkan masuk ke kawasan pergunungan. Paham??? Entrance fee per vehicle kalau korang drive sendiri applicable. tapi parking and shuttle bus ke kawasan sky lift adelah free. Kat Buller ada banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan sewa baju salji. Dalam AUD50 satu set. Tapi kalay korang takut baju habis ke apa, masa nak ke Buller korang akan lalu satu pekan kecil nama dia Mansfield dalam 40km sebelum Buller, ha kat situ banyak juga kedai kedai menyewa peralatan dan pakaian salji/ski.

Ha tu lah plan nya si Ery tu nak ke Buller balik hari naik bas. Tak jadi bermalam kat situ sebab semua hotel fully booked!!

So kitorang hanya akan berjumpa hari Sabtu & Ahad saja. Hari Sabtu Uncle tanya dia nak ke mana? dia kata nak le Zoo. Uncle baca whatsapp dia dah tergelak sorang2. haha. Bukan apa, samala Uncle pun tak pernah ke Zoo Melbourne, tapi setahu Uncle kat Australia ni Zoo kat Queensland or Sydney yang best. So daripada pergi zoo tapi tengok haiwan dalam kandang je Uncle cadangkan Ery ke Phillips Island, dalam 45 min pemanduan dari Melbourne. Kat situ ada Koala, Kanggaroo & Penguin sanctuary, kita dibenarkan bergaul mesra dengan haiwan2 tu. dalam AUD40 juga sama cam kat Zoo. Plus kat Phillips Island ada banyak view menarik, cube google tengok hehe.

Selain dari tu Uncle plan nak bawak Ery jalan jalan sekitar City je. Sebabnya Uncle ni tade kereta, naik public transport jua. Dan ohhh lupa nak info, Uncle pun tido hotel backpacker jua weekend ni. Hah? Kenapa tak ajak Ery stay kat rumah? Haha. macam Uncle cakap tadi Uncle tade transport, kalau weekend takde bas ke area rumah Uncle, tak ke susah kalau nak g train station dalam 4km dari rumah Uncle. So untuk melancarkan plan kitorang, Uncle pun tido jela kat CBD, takpe demi kawan. Senang nak gerak awal pagi, nak balik lewat malam ke tak payah risau dah takde bas. Lol.

Antara tempat yang Uncle plan nak bawak dia; Flinders Station, Federation Square, St. Paul Cathedral, City Hall, Melbourne Central, Melbourne Library, Victoria Market, Royal Botanical Garden, Eureka Tower, Shrine of Rememberance dan Pantai St. Kilda. Kalau sempat nak masuk Luna Park dan mungkin tengok movie Jurassic Park dan ke Brighton beach sekali. Apa apa pun tengok timing nanti. Lol

Tak sabar nak post gamba latest kat ig. Buat masa sekarang Uncle screenshot pic orang lain la ye dari ig. owh btw ig Uncle iz.miller ya pada siapa siapa yang nak tengok tempat tempat menarik kat Victoria state ni. Buat masa sekarang Uncle di Victoria je, tak de planning nak ke kota kota lain, mungkin satu hari nanti. hehe.

Daaa
Wassalam.

View dari puncak Mount Buffalo 1.

View dari puncak Mount Buffalo 2.

Ni pulak screenshot hashtag mountbuller dari ig. hehe dah ada salji.

View kat The Nobbies Phillips Island 1.

View kat the nobbies Phillips Island 2.

Pier @ St. kilda beach.

Melbourne City Hall.

Comments

  1. Besttttttnyeeeee...untung kawan diaa...dpt tour guide camgniiii...ihihiiiiii

    ReplyDelete
  2. hi..im new here..terjumpa blog uncle ni masa google1..im going to melbourne this august 2016. nak tanya, uncle kenal ke mana2 student or malaysian yg tinggal kt melbourne tp buat perkhidmatan yang pick up passenger (in this case its me and my family) di airport melbourne? my friend dulu belajar di sana dan dia ckp ramai student buat side income servis tu. Glad that if u can share any. TQ uncle! :)

    ReplyDelete
  3. hi..im new here..terjumpa blog uncle ni masa google1..im going to melbourne this august 2016. nak tanya, uncle kenal ke mana2 student or malaysian yg tinggal kt melbourne tp buat perkhidmatan yang pick up passenger (in this case its me and my family) di airport melbourne? my friend dulu belajar di sana dan dia ckp ramai student buat side income servis tu. Glad that if u can share any. TQ uncle! :)

    ReplyDelete
  4. hi..im new here..terjumpa blog uncle ni masa google..im going to melbourne this august 2016. nak tanya, uncle kenal ke mana2 student or malaysian yg tinggal kt melbourne tp buat perkhidmatan yang pick up passenger (in this case its me and my family) di airport melbourne? my friend dulu belajar di sana dan dia ckp ramai student buat side income servis tu. Glad that if u can share any. TQ uncle! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts