Pengembaraan ke Paris (Note3sixty#france#)

Nak sambung blog 3 tahun lepas ni. Ya Allah entah aku ingat ke tidak....

Lepas spent 2 malam kat Basel, Switzerland, kitorang decide pergi ke Paris, France naik the legendary TGV Train. such a great experience memang aku excited sebab selama ni dok tengok kat tv ja. Seriously aku tak ingat berapa harga ticket tapi lebih kurang RM200 juga and perjalanan ke Paris mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Basel. Bile masuk dalam train memang rasa selesa sangat dan kita tak terasa benda alah tu tengah memecut bila aku tengok speed meter 320km/h tak ke gile??? haha...

Sampai je kat station Lyon Paris, France, lebih kurang jam 2 petang kitorang terus naik bas yang bawa kitorag straight ke Radisson Blu Hotel Paris which aku pun tak ingat jugak bas apa haha. check in letak beg terus keluar balik.

First thing first cari makan dulu. Lapar kot. kitorang pergi ada satu kedai masakan halal India ni berdekatan dengan Arch De Triomphe. not bad, merasa la makan nasi dengan kuah kari kacang dal dan papedum. hiks

Lepas tu terus kitorang bergegas ke Arch The Triomphe. Benda alah ni di bina sebagai simbolik kemenangan Napoleon Bonaparte (macam mana tah nak eja) menakluki Perancis dan Eropah (sila buka buku sejarah). dan sebenarnya Napoleon ada bina satu lagi Arch design yang sama cuma dalam skala yang lebih kecil, dekat Milan, Italy dan Napoleon dikatakan membiba Arch tu mengadap France.. ala2 kiblat Napoleon la ni france tu?? kitorang siap berganggnam style kat depan tu. Lepas selesai kitorang pergi pula Muzium yang paling terkenal kat dunia, selalu muncul dalam filem filem holywood, muzium Lourve. peh sini lah tersimpannya potret yang dikatakan paling mahal dalam dunia iaitu potret Mona Lisa. tapi sayang nya kami tak berkesempatan nak masuk sebab memang ramai gila orang beratur nak beli tiket, so takut planning lari..haishh kecewa.

Kitorang masih berlegar legar di sekitar kota sampai lah malam. Sekali terjumpa satu tarikan yang aku sendiri excited gila pig bila nampak sebab memang tak plan and takde orang sebut tentang tempat ni sampailah masing masing nampak dengan biji mata sendiri. Kelab stripped paling terkenal seantero planet, Moulin Rouge bebbb!! Sapa tak tahu filem tu, tengok Video Klip sountrack Christina and Friend : Lady Marmalade!! haha lepas tu muncul tanduk setan sorang sorang ajak masuk nak experience sendiri. Yang ustaz tak ustaz semua mencuba. Nasib tak ada perkara yang tak diingini terjadi dan semua selamat keluar dari Kelab tu haha. kemuncak nya kitorang menghabiskan masa dekat area Eiffel Tower. Sangatlah cantik malam malam...plan kitorang esok nya nak naik Eiffel Tower sebab harini tak sempat. So malam tu kitorang balik hotel naik teksi sebab bas dah tak ada. apa pilihan teksi yang kitorang ade?? teksi no.1 mercedes benz dan teksi no.2 Volvo. haha di sebab kan kitorang ade 6 orang so nak tak nak kena naik lah dua dua teksi... 3 orang satu teksi nak balik hotel. Teksi tu cas berapa?? 70euro untuk 3 orang..haha.. pokai tak pasal. Then sampai hotel apa lagi tido la..

The next day pula pagi lagi dah ke Eiffel tower, yela tempat wajib kan..ikon negara Perancis ni sebnarnya dibina untuk World Festival dekat Paris, tujuan nya sementara je, tapi tah kenapa dikekal kan aku lupa nak tanya Presiden Perancis, nanti aku confirm kan..haha. setelah beratur panjang juga dekat setengah jam finally kami dapat naik hoorayyy... Perasaan bile dah ade kat atas tu sumpah best, macam impian korang yang jadi kenyataan macam tu la aku. sebab memang dari kecik teringin nak pergi Paris. Then lepas tu kitorang nak turun bawah kitorang decide taknak guna lift sebaliknya guna tangga. hahaha.. di pertengahan jalan semua menyesal sebab memang tinggi semua semput. nak naik balik pun dah half way jadi nak tak nak memang kena usaha juga turun haha.

Then lepas selesai pendakian Eiffel Tower, kitorang ke deck river cruise berdekatan dengan Eiffel Tower tu juga. kitorang decide nak take a river cruise tour yang melalui Rhyne River. Sungai Rhyne ni dikatakan mengalir dari Germany lagi, so kire panjang juga la. River cruise tu bawa kami menikmati pemandangan Kota Paris dengan lebih dekat dan santai. Jangan risau ade tour guide yang akan bagitahu kalau ade apa apa mercu tanda or attraction di sepanjang laluan. Along the way ada satu lagi mercu tanda kebanggaan Kota Paris iaitu Notre Dame Cathedral, ni pun sangat faymes. hehe.. tour ni mengambil masa lebih kurang 45 minit je.

Lepas selesai river cruise tour tu, kitorang terus naik bas menuju ke La Fayette Galeria. Apa ada kat sini??? Ahhaaaa sini la terletaknya semua butik butik high end dari Gucci LV Prada you name it! Jual dengan harga yang orang kata sangat murah. memang ramai, sesak dengan manusia manusia yang suke kan barangan berjenama. Kawan kita sempat la rembat barang barang hantaran dia. Aku ni cuci mata saja. Bata pun ade taw korang jangan perlekehkan barangan buatan Malaysia. Kat sini butik dia high class. Puas shopping aku pun sempat rembat perfume perfume best. Burbery, Marc Jacob ape tah lagi banyak juga, tak lupa juga cenderahati dari Paris untuk teman teman dan keluarga.

Selesai dah hari terakhir kitorang kat Paris. Bermakna selesai juga pengembaraan kitorang. sebab esok flight balik Malaysia jam 10 pagi. Macam biasa la bangun breakfast sume everything barang pun dah pack sume. Naik bas dari hotel menuju ke Charles De Guille intl Airport. Jem sikit sebenarnya. Sampai airport berlaku sedikit kejadian yang tak diingini. worst night mare yang aku tak dapat bayangkan kalau terjadi kat aku.

Aku orang terakhir yang masuk ke gate check in. Dan ade 2 orang lagi kawan kat belakang aku. Sangat strict diorang dah tak dibenarkan untuk check in semua. Puas merayu menangis semua hampa... di pendek kan cerita mereka berdua ni terlepas flight. Sedih siot aku tengok diorang tertinggal. Tapi nasib baik juga yang tertinggal tu orang ber-wang. tak jadi masalah lah. Dan kami diberitahu ada masa dalam 10 ke 15 min before flight nak depart, mak aih dari kaunter check in nak ke terminal kitorang berlari cam orang gile siyes berpeluh peluh. Pehh pengalaman sungguh. Moral of the story, jangan la lambat nak ke airport ya.

Masuk dalam flight, take off je aku rasa tertidur tak sedar bangun bangun dah nak sampai transit kat Abu Dhabi andddd makanan aku mana??? aku laparrrrr...haha.. 7 jam transit, plus another 7 jam lagi sampai lah aku kat Tanah Air tercinta. owh jet lag. Rasa biol kejab. haha.

So itulah sikit sebanyak pengalaman kat Paris yang boleh aku kongsikan. Total kitorang spent 14 hari travel. dalam 11 hari je kot kat Tanah Europe huhu. Cukup lah tu buat masa sekarang.. insya Allah ade rezeki pergi lagi allright??

Maaf juga tak dapat berikan detail tentang kos dan panduan perjalanan ke tempat tempat ni sebab dah lama sangat. plus everything ade dalam kotak kat rumah di Malaysia. 

Cenderahati ni rupanya kat Kaison Paradigm Mall pun ade jual haha.

Ni TGV design baru.

Lanje Hard Rock skeping.

Escargot aka siput babi???

Ni TGV original. Jangan ketawa muke aku memang muke gembel haha.

infamous Notre Dame Cathedral dari Rhyne River

View dari atas Eiffel tower
taraaa... Moulin rouge

Eiffel Tower at night. Awesome giler.

Lourve Museum

Comments

  1. Wowww da activ nampknye...hihiiii besttttt gilerrr kott journeyyy diaa..bawa ak p pariss wehhh nk duk bawah eifel tower tu 5hr5mlm xnk blik...besttttnyeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts