Jun 22, 2015

I love you Ayah ; Hari Bapa 2015

Kita selalu ada sifat double standard, antara hari ibu dan juga hari bapa. Kenapa ya? Kalau hari ibu, penuh restoran or cafe2 dengan orang ramai yang meraikan hari ibu. Tapi hari bapa? Krik krik..lengang. uncle tujukan untuk diri sendiri juga. Dari kecil memang hubungan uncle dengan ayah tak serapat hubungan uncle dengan ibu. Biasa la ayah, sibuk bekerja, dia ada komitmen yang perlu dia beri perhatian, jadi urusan anak anak, ibu lah yang uruskan.
Sedar tak sedar dari keringat ayah lah, uncle dapat tapak untuk melangkah. Dari kesulitannya uncle dapat kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab.
Susah nak baca apa yang tersirat dalam hati ayah sebab dia sangat pendiam. Uncle buat salah laju je kena maki, bila uncle membanggakan dia, dia buat tak reti. Ingat lagi masa sekolah dapat award best student, dapat award tokoh pelajar lagi, ibu bapa orang lain datang tapi dia tak ada dibawah masa uncle naik ke pentas. Katanya buat apa dapat award tapi art stream, dia tak berapa bangga sebab uncle bukan science stream. Bila uncle dapat silver medal apa-apa sport dulu dia kata "silver je?", uncle tahu niat dia nak tengok uncle jadi yang terbaik dan dalam hati dia uncle tahu dia bangga dengan uncle. tapi itulah realitinya uncle jarang sangat luangkan masa dengan ayah. Dia datang uncle pergi, uncle datang dia pula pergi.
Banyak benda kitorang tak sehaluan, dan uncle sendiri tak tahu apa makanan or hadiah yang dia suka untuk harijadi etc, my bad. Bila ditanya he always says the same thing, "I don’t want anything." I have no idea what to get him, so I usually just get him a card or something small dengan kek yang comel dan uncle letakkan dekat atas meja bilik dia tanpa bersemuka. Bila ada masalah besar, ayah juga yang uncle cari, tak sah kalau tak dia tak maki, tapi finally dia akan tolong. Bila uncle cakap nak fly jauh, takde dia tunjuk apa-apa emosi, jarang sekali tanya apa plan uncle, tapi behind me dia akan tanya kat ibu macam2.
Dan bila jauh kat sini, ayahlah orang yang salu private message uncle tanya khabar / pasal kerja, bagi semangat everything. Itu lah ayah. Dia tak nak orang tahu dia tu ambil berat soal anak-anak. Diam-diam dia risaukan kita. Mungkin uncle belum jadi seperti apa yang ayah mahukan, mungkin silap di mana-mana.
Tapi ayah tetap ayah, gugur juga airmata bila tengok ayah dalam kesulitan dan rupanya baru aku sedar, ayah pun sumber kekuatan aku, just like ibu. Uncle tak nak diorang susah, ibu dan ayah pun dah banyak bersusah demi membesarkan anak yang degil macam uncle ni. I love you ayah. Selamat hari bapa 2015.

1 comment:

  1. 😢sebakkk baca .sebab dr dlu phm ape yg mu cerita...huhuu xpe nti one fine day He will totally proud of you😉...Dia syg anak sulung dia ni tapi myb dgn cara itu dia mendidik kamu..Make him happy forever! Okehhh

    ReplyDelete