Jun 6, 2015

Tough decision tapi hidup perlu diteruskan. Pilihan ditangan kita sendiri.

Ingat lagi awal awal dulu di ajak 'migrate' ke Australia, aku tak fikir apa pro and cons. Aku terus on je book ticket everything, masa tu ticket flight murah RM300 plus plus. Aku adalah sejenis manusia yang kalau aku cakap aku nak, aku nak. Tak kire lah apa pun, family tak faham? Tanggungjawab aku nak fahamkan diorang..hehe.

Tapi Alhamdulillah. kira kira sebulan sebelum berangkat baru aku slow talk dengan ibu dan ayah. Dan diaorang faham alasan aku mahu berhijrah. Nangis nangis juga ibu hehe.. meantime aku dalam hati masih ragu ragu..ish boleh ke aku berjauhan dengan family ni nanti aku rindu ibu cam ne? aku rindu masakan dia cam ne? sumpah aku takut aku gagal di tengah jalan and balik Malaysia balik haha...Aku hidup 29 tahun tak banyak jasa ibu dan ayah yang aku balas. I'm helpless and hopeless. Graduan Ijazah yang dah berkerja selama 5 tahun gaji pokok sebulan RM3200 tinggal bersama family. Aku tak pernah hulur lebih dari RM500 sebulan kat parents. Average RM200 je.

Selalu aku di perlekeh dalam family konon aku ni tak mampu nak tolong diorang sangat. Kata kata yang salu seorang ayah cakap kat aku. Tapi aku tak salahkan dia nak cakap camtu. Realiti hidup makan gaji kat Malaysia memang camtu. Tambahan pula ayah dah tak berkerja, utiliti rumah sebulan RM200 juga, kereta dia lagi tak habis bayar lagi. Adik adik lagi yang masih sekolah. Mereka ni bukan nya faham lagi kita ada duit ke tidak tahu mintak aje. haha.

Plus personal relationship-wise yang banyak mengganggu perjalanan otak aku sehari hari mendorong aku untuk pergi jauh tinggalkan semua masalah tu. It's hard nak get rid orang yang bertahun dengan kita, tinggal berdekatan, family pun dah kenal sama lain. Everything yang aku tengok mesti ada kaitan dengan orang tu. That was my longest relationship to date dan aku ni bukan lah orang yang senang bercinta cewahhh... So aku nekad nak tinggal kan semua tu dan start from zero.

Tapi jangan salah faham, niat aku cuma satu, nak bantu family aku at the same time aku nak enjoy hidup aku dan ketepikan semua masalah hidup yang pernah membadai diri kat Malaysia.

Kisah aku nak datang ke Australia ni sangat sadis. As usual sebelum jejak kaki ke Australia, segala visa mak nenek kena buat. Either visa pelawat ataw working visa. korang pilih lah, nak detail gi bukak website Immigration Australia okeh?

Disebab kan beberapa masalah keluarga yang tak dapat aku ceritakan, aku terpaksa tinggalkan kad ATM RHB dan CIMB kat ibu dan ayah. Adela sket saving untuk diorang belanja sikit sikit. Aku cuma bawak satu je kad ATM dan dalam tu cuma ada RM1000 saja. Means banyak tu jela perbelanjaan aku kat Australia sementara nak dapat kerja dan gaji. Luckily flight dan hotel dah book dan bayar awal awal. Orang cakap aku gila... well try to walk a miles in my shoes before judging me. Kadang kadang kita tak tahu apa yang mampu kita lakukan kalau kita tak keluar dari kotak keselesaan hidup yang ada. Bagi aku kita kena buat apa yang patut kita buat tak kira la apa pun yang penting benda tu bawa lebih kebaikan dari keburukan. sikit sikit cabaran dan dugaan yang datang tu biasa la, hadap je dengan cekal.

Tanggal 23 Mac 2015, tarikh flight aku dari Klia2 ke Melbourne Tullamarine Airport. Emm dah berkali kali family aku tanya flight jam berapa diorang nak hantar ke Klia, dengan sedara mara skali sibuk tanya aku diam kan. Aku ni jenis tak suke family hantar ke mana mana. nak nak ibu, aku takut aku nangis kang tengok dia cebek lap lap air mata dengan tudung hahaa. So aku insist tanak diorang hantar, just hantar ke stesyen Komuter dan aku pergi sendiri. Itu pun ibu dah banjir dari tengok aku tengah siap2... haish.. kekuatan aku pada ibu aku, ibu lah segalanya. Aku tak bley tengok dia sedeh. itula orang cakap the connection between mother and son. So aku naik train komuter dari Klang sampai ke Subang then my fren fetch aku langsung hantar aku ke Klia. Tepat jam 10 malam flight depart....dan aku apa lagi tido jela dalam flight.

Perjalanan dari Kul ke Mel mengambil masa lebih kurang 8 jam. dan aku sampai di Tullamarine International Airport kira kira jam 8 pagi... dannnn sampai sini saja dulu eh aku nak tido dlu la baru balik kerja shif malam hehe. Next post berkaitan pengalaman seminggu di Bandaraya Melbourne "world'd most liveable city"....

1 comment: