Day trip ke City of Bendigo, Victoria, Australia

Salam.

Hi guys. Thanks masih sudi bukak blog & bace kisah perjalanan uncle kat bumi kangaroo ni. Sebenarnya most of uncle punye story ni adalah throwback zaman bila tah haha, tak dan sangat nak update blog, been busy working and stuff bla bla bla. Bile ada kelapangan barula nak up story kongsi dengan korang.

Okayh, kejadian ni pulak pada 26 February 2016. Masa ni uncle dapat day off dan kebetulan housemate, he's an Indonesian guy & kawan uncle si echa pun cuti. So my housemate ni secara tiba-tibanya ajak... "iz, kau mau ikot ga, yok kita ke Bendigo bareng" ha gitu ayatnya. Aku plak masa tu dalam hati...emmm ada apa kat Bendigo? Tak penah dengar pun nama tempat ni, nak pergi tak nak pergi tak camtu haha. Tapi tak apa la dah orang ajak kan, daripada tak buat apa-apa kat rumah. Lagipun boleh pergi tengok tempat yang ramai orang kita tak tahu. Fyi masa ni masih dalam kepanasan musim summer kat Victoria. Ya Ampun panas banget, bisa mati aku. Korang tengok la mana ada awan, langsung takde..Haha. 

So perjalanan kitorang ke City of Bendigo pun bermula, driving distance ke Bendigo pula dalam sejam setengah camtu. Sepanjang perjalanan tak ada apa yang menarik untuk disajikan sebab yang ada cuma tanah gersang yang luas terbentang. Kadang2 kita nampak la ladang buah-buahan, padang ragut untuk haiwan ternakkan. Kangaroo liar melompat-lompat dikejauhan. Uncle takde la nak amek pic kangaroo melompat-lompat tu as dah biasa, kangaroo kt sini dah macam kambing biri-biri kat Kuala Pilah je, so orang tak heran sangat haha.

So ada apa kat Bendigo ni? Actually Bendigo ni terletak di wilayah tengah negeri Victoria dan merupakan bandar yang ke4 terbesar dalam negeri Victoria selepas Melbourne, Geelong dan Ballarat. Kalau korang nak tahu bandar ni memainkan peranan yang tak kurang pentingnya dalam sejarah negeri Victoria dan pembangunan Melbourne sebagai pusat sosio-ekonomi Australia secara keseluruhannya. 

Kenapa bunyi macam serious je? Yes, memang serious, daerah Bendigo-Ballarat ni kaya tau, kaya dengan sumber yang berharga iaitu emas. Ha it was the place of one of world's most greatest gold rush kira-kira 150 tahun yang lalu. Between 1850-1900, Bendigo dah menghasilkan pengeluaran bernilai lebih dari 9billion USD, 7th richest field in the world pada masa tu. Masa uncle mula-mula sampai ke Bendigo ni uncle cam tergamam kejab tengok senibina bangunan-bangunan yang ada di sekitar bandar ni, all I can say is Bendigo is a grand and gracious city, literally was build on gold. Alot of historic buildings line the main streets with gold smelter chimneys reminds us of the riches from the gold field in the past ha gituh speaking. Haha. Tapi serious uncle cam terkezut tengok architecture kat sini walaupun bandar kecil je tapi pengaruh senibina mewah ibarat istana kat eropah sangat jelas kelihatan okay. 

So basiccaly penemuan emas kat wilayah Bendigo ni 150 tahun dahulu ni dah mencetuskan imigrasi besar-besaran oleh pelombong dari serata dunia especially dari tanah besar China, which kita boleh tengok pengaruh kedatangan imigran China ke Bendigo ni sampai sekarang. Ada Chinese art Museum kat bandar ni dan sambutan tahun baru China adalah sangat meriah siap ada perarakan kat main street. Sangat impressive untuk negara western macam ni huhu. Populasi kat bandar Bendigo ni terus meningkat sejak penemuan emas kat situ dan menjadi antara faktor peningkatan kepentingan Kota Melbourne sebagai hub kewangan yang terpenting kat Australia pada masa tu seterusnya diangkat menjadi ibu negara sebelum Canberra mengambil alih peranan sebagai ibu negara Australia yang baru bagi menyelesaikan kemelut kuasa antara Kota Melbourne dan Sydney. Masa tu negeri Victoria dan Melbourne adalah wilayah yang paling makmur kat Australia dan uncle leh lihat tu sampai sekarang dan kenapa negeri ni sangat disayangai ratu England dan masih mempunyai keistimewaan tersendiri sampai sekarang haha. Wah belajar sejarah plak. 😂

Ok mohla kite tengok gamba pulak...boring la asyik membace je.

*meredah kepanasan yang membahang dekat area town hall.

*fountain kat roundabout tengah-tengah bandar Bendigo ni imposing a typical Victorian influence. 




*Town hall, kat sini gak terletaknya visitor centre.




*antara bagunan bersejarah yang dah dijadikan lot perniagaan kat jalan utama bandar Bendigo.

*ni tak pasti pula bagunan apa lol.

*Anglican Church

*uncle sempat skodeng sepender Marilyn Monroe, ropol2 okay warna putih krim hahaha. 

Okay, tu jelah coretan ke Bandar Bendigo. Tata.

~fmay~

Comments

Popular Posts