Festival Bunga Tulips Tesselaar, Australia



Assalamualaikum wbt.

Hello there, Salam Aidiladha semua hehe. Untungnya lah boleh beraya di kampung halaman masing-masing. By the way hati-hati pulang beraya tu, jangan excited sangat sampai membahayakan diri dan keluarga. Cewahhh...

So apa cite? Actually uncle dapat 3 hari day off, so apa plan? Merepot kat rumah? Owh tidak. Tanggal 25 Sept 2015 uncle dan kawan decide nak berjalan-jalan dan kebetulan pula sekarang tengah ada festival tulips Tesselaar dekat Silvan wilayah Victoria. Tulips farm ni terletak kira-kira 50km dari Kota Melbourne. Dan korang boleh pergi situ dengan bas ataupun drive sendiri. Kalau nak gi dengan public bas, korang boleh lah survey kat flinders street or southern cross station. Kalau tak berani, korang survey kat tour agent ok, still uncle cadangkan Extragreen travel kat area Swanston street (Berhadapan Restoran nelayan) atau Odessey travel. Ha sila gugel ok.

Festival tulips ni diorang buat anually, means every year ada, starts from mid September until mid October. Soooo bagi peminat-peminat bunga tulips, jangan lepaskan peluang untuk melawat festival tulips ni kalau melancong ke Melbourne pada waktu yang uncle mention tadi ok. Mana la tahu, kot teringin nak tengok tulips kat Holland, belum kesampaian, kat Australia pun not bad, ok la kan.

**Entry tickets

So tiket masuk ke farm tulips tesselaar ni berharga 24au$/person. Mungkin ada yang kata harga ni terlampau mahal and not worth the money, well it's depend on how you value them. Farm ni bukak seawal jam 10.30 pagi sampai 5.30 petang. Dekat farm ni ada 43 specis tulips berlainan jenis untuk tatapan pengunjung. Uncle bukanlah peminat bunga, tapi Uncle tanak lepaskan peluang melawat festival yang dianjurkan setahun sekali je ni. Dan uncle sangat tertarik dengan colour display kat farm tulips ni. Sangat vibrant dan awesome. Jangan lupa snap gambar banyak-banyak ok. Tulips ni kalau kat Malaysia mahal kan? Sini murah je, sejambak korang boleh dapat dengan harga 5au$ which are very reasonable for me. Kawan uncle sempat rembat 2 pasu bunga tulips berharga 14au$ untuk both plant. Tapi yang setakat datang melancong tu tak payah la beli tanaman hidup tu sebab tak pasti lepas ke tak kat airport huhu. Plus sampai Malaysia boleh hidup ke lol.

Festival ni bukan semata tengok bunga je tau. Ade macam-macam attraction kat sini especially foods and entertainment. Banyak food and drink stall dibuka dalam farm ni tapi rata-rata komen harganya agak mahal. And, yes uncle akui sedikit mahal. But still suasana yang sangat enjoyable dan sesuai untuk dilawati seisi keluarga. Kids akan seronok berlari-lari ditengah-tengah farm bunga tu. Kat sini uncle nak advise, jangan la nak pakai kasut tumit tinggi cam Beyoncè sangat, farm kot dan boleh jadi agak berlecak kalau hujan or tanah tu basah hehe. Dan, bawak la makanan sendiri, bawak alas (tikar) sendiri dan picnic kat dalam farm tu, pilih je tempat mana-mana, ikot korang la. Banyak tempat boleh picnic dalam tu. Uncle dan kawan pun, kitorang memang dah bawak bekal dari rumah. Mee goreng, ayam goreng dan teh panas. Yumsss.. ohoks. Kitorang lepak dekat-dekat denga area stage, kebetulan time tu ade live traditional Dutch band nyanyi lagu-lagu folks diorang. So rasa cam kat Holland sangat hehe. Kalau tak nak bawak bekal pun tak apa banyak je food stall yang best-best. Ade food stall muslim called 'Gozleme', sedap. Tapi bagi yang jenis particular dan cerewet itu tak boleh ini tak boleh, hah tahan jela lapar, balik hotel nanti makan megi ok? Haha

Overall uncle berpuas hati, our afternoon well spent kat dalam tu, lebih kurang 3 jam jugak lah dekat dalam farm tu huhu. Gambar pulak, ade dekat 700 keping haha. Pitam. Sooo what is your colour? Pilihlah hehe.. sehingga ketemu lagi.




**macam wallpaper window xp kan?

**picnic area

**picnic + stage area



**stesyen tractor train, 5Au$ per person. Yang ni uncle tak suggest, buang duit je, dia bawak pusing farm camtu je elehhh jalan kaki sudahhh macam besar sangat je farm tu. Mengade! Haha

**banya je food stall. Not bad et al.






Comments

  1. Salam..
    Mid oct i nak pergi melbourne..i nak tanya sedikit pasal kereta sewa..and sadly i x sempat nak pegi visit Tesselar tulip festival ni...huhu..kena la tukar plak..anyway nice pic..

    ReplyDelete
  2. Uncle is so young and handsome ��. Hai kak Lya sini. I'm a blogger too haha tp sejak smule dah bersawang blog. Jap nak tengok Nuffnang dah kasi berapa duit hihi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts