Review Hotel Backpacker di CBD Melbourne

Argh....
Actually dah lama nak post entry ni. Sepatutnya bulan June haritu lagi tapi tertangguh entah kenapa.

Ok. Ade beberapa kenalan dok pm uncle tanya pasal Melbourne, yelah, survey-survey tempat menarik mana la tahu nak datang bercuti ke Melbourne kan? Antara banyak-banyak soalan, soalan yang paling kerap orang tanya, nak tumpang rumah uncle. Means nak suruh uncle host diorang la kat sini. OHOKSSSS. Amboi mentang-mentang ada contact kat sini ea? Maafla uncle terpaksa cakap awal-awal uncle ni pun menyewa je bukan rumah sendiri hehe. Rumah plak boleh dikatakan jauh sket dari city centre & away from public transport. Hari sabtu ahad takde service area rumah uncle. So tak convinient untuk korang menumpang. Baik stay hotel. Kalau nak uncle jadi tourist guide pun uncle sanggup tido hotel kat city centre haha.. macam tu la uncle buat masa kawan uncle si Ery & Majdi visited Melbourne June haritu.

Ok. Nak cerita pasal backpacker hotel, seriously banyak je kat Melbourne ni, kat St. Kilda ade, kat CBD ade. Uncle cadangkan kat CBD. sebab apa? Senang untuk korang nak kemana-mana. Dekat dengan public transport & segala kemudahan. Antara backpackers hotel yang ada kat Melbourne CBD adalah ; Greenhouse Backpacker Hotel, Nomad Backpacker Hotel dan All Nation Backpacker Hotel. Uncle nak cerita pasal Nomad & Greenhouse je dulu sebab both uncle penah stay kat situ. Both ade kelebihan masing-masing, uncle tak tahu nak rekemen mana satu. Price per night pun lebih kurang. Dalam 80-90 Au$ camtu. Tapi ada gak yang dorm if korang tak kisah berkongsi bilik dengan strangers. Suka uncle nak ingatkan dorm tu memang macam asrama skolah la. Macam2 bau ade. Kadang2 diorang ni tak mandi pagi, baju jaman-berjaman tak basuh, ngan bau kasut lagi. Siyes ni uncle penah lalu depan dorm tu, bau nya Ya Ampunnnn... fuhhhh..haha.

In term of location, dua dua best. Greenhouse terletak betul-betul kat flinder street, dekat dengan Flinder Street station, sebelah balai polis which korang akan rasa sense of security kat situ, dekat dengan City Library, dekat dengan semua cafe-cafe penting huhu. Dan yang paling utama location yang senyap, tak bising. Toilet sangat ok, seperate lelaki dan perempuan. Pantry pun win, banyak tempat duduk/ lepak, bersih, ceria, ada kemudahan PC, information board, bilik TV, laundry, free breakfast, pool/ snuker tu dan Wifi yang agak strong. Tapi satu je uncle tak close, bilik dia cam asrama sangat. Dinding yang seperate kan bilik2 pun plywood je. So basically orang bilik sebelah borak korang boleh dengar. Haha. Kalau korang tak tahan sejuk, hotel ni ok sebab lantai dia cover dengan carpet, which korang akan rasa warm sket. Hotel ni gak ade sediakan tempat letak bagasi percuma. Winning point diorang lah.

As compare dengan Nomad Backpacker hotel pula. Lokasi not bad, bersaing sengit. No.1 spencer street. Terletak kat junction 2 jalan utama kat Melbourne ni ha.(Spencer Street-Flinder Street). So tram memang sentiasa ada kat depan hotel. Easy for you guys nak melompat kemana-mana by tram. Accross the road depan hotel jalan kaki dalam 10 mins korang akan jumpa Southern Cross Station. (Macam KL Sentral la). So stesyen ni la yang korang akan jumpa untuk transit from/to Airport. Pantry hotel ni kalah la dengan Greenhouse backpackers hotel. Tempat makan yang limited. Tak ada free breakfast kecuali beras, pasta, teh dan gula. Tak ada ruang TV, laundry ada dekat GF. Wifi pun laju. Korang akan rasa sejuk sket kalau stay sini masa winter sebab lantai dia just lantai kayu, siyes sejuk. Walaupun toilet dia share laki dan perempuan, tapi uncle close giler ngan toilet dia, tak macam bajet hotel punya toilet. Bilik pun lebih kemas berbanding Greenhouse. Cumaaaaa.. kalau bernasib malang anda akan dapat bilik berhadapan jalan utama, which may cause a major problem untuk korang ; pencemaran bunyi Ya Ampunnnn bising gile. Sebab laluan tram dan train kat bawah tu. Plus another one point, kat bawah hotel ni ada pub, kalau pub sendiri mau ingat la memang bising. Haha. Tapi so far, bilik dan toilet, Nomad menang. So korang choose la. Uncle takde gambar2 greenhouse backpackers hotel. Mungkin korang boleh survey sendiri kot. Uncle share gambar2 Nomad Backpacker hotel kat bawah ya. Daaa...


**Nomad Backpacker Hotel yang sebelah kiri tu. Bukan yang kanan okeh lol.

**Ni toilet Nomad. Stail kan untuk hotel bajet??

**ni pulak twin bedroom (bunkbed)

**Ni view dari bilik Uncle. Tu junction spencer street-flinder street. Sangat busy dan bising.



Comments

Popular Posts