Resepi Spaghetti Aglio Olio bujang yang tak berapa nak bujang.


Assalamualaikum wbt.

Hello semua. Sooooo harini uncle cuti dan tiba-tiba teringin main masak-masak, ohokss. Actually uncle memang tak reti masak plus malassss... setakat nak ikot resepi orang tu boleh lah. Hehe. Tak percaya?? Tak percaya sudahhh haha. Ok jadi harini uncle nak masak spaghetti aglio olio. Fyi uncle suka seafood, so that's why uncle pilih Aglio Olio. To be honest, ni adalah kali pertama uncle cook spaghetti dalam hidup uncle..emmm hasilnya not bad et al. Hehe. So jom tengok apa yang kita ada hiks.


Bahan2 aglio olio utk 2 org makan : 😝

1. 200 gram Seafood mix udang, sotong, lala etc.
2. 5 biji Cendawan butang dihiris (xde pn xpe)
3. Setengah biji Capsicum dipotong dadu (xkesah warna ape)
4. 3 tangkai Daun parsley dihiris halus.
5. 1 Kiub ayam knorr (uncle pakai kiub ikan bilis knorr)
6. 4 ulas bawang putih (garlic) tumbuk halus.
7. Setengah biji bawang holland dipotong dadu halus.
8. 2 sudu besar chilli flakes (tapi uncle rasa over pedas pula, so ikot lah nak banyak mana)
9. 1 sudu kecil serbuk Lada hitam.
10. Garam secukup rasa.
11. Spaghetti ikut korangla nak banyak mana, uncle agak-agak je.
12. Sket butter and garam untuk celur spegeti.

Cara-cara :

1. Panaskan kuali dengan 2 sudu besar minyak zaitun. Masukkan bawang putih dan bawang holland yang dah dikisar/ dipotong dadu. Kacau sampai kuning tapi jangan garing. Bubuh air sket dalam kuali dalam suku cawan.

2. Masukkan seafood dengan kiub ayam knorr. Kacau sampe seafood masak (tapi jangan sampai masak sangat).

3. Masukkan capsicum dan cendawan. Kacau lagi smpi agak-agak dah ok.

4. Masukkn spegeti, daun parsley, garam secukup rasa, chilli flakes dan lada hitam.

5. Siap dah...boleh hidang lah. Kalau agak-agak kering, boleh bubuh minyak zaitun sket. Ok selamat mencuba. Kalau tak sedap diam aje, jangan bagitahu uncle wkakakaka. Kidding






Comments

Popular Posts