Resepi Goreng Pisang Rangup bujang terlajak.

Assalamualaikum wbt sekali lagi. Hiks.

Entry ni uncle nak share resepi goreng pisang rangup yang enak banget. Teringat uncle kat satu gerai goreng pisang kat Bayu Perdana, Klang. One of my all time favourite goreng pisang in Malaysia siyes talk, selain dari goreng pisang kat stesyen Komuter Shah Alam. Sedap goreng pisang makcik tu, dah lama dia meniaga kat situ. Ok back to the business. Kat bawah ni uncle share resepi. Minta maaf gambar ilustrasi tak berapa memberangsangkan haha.. tapi trust me, sedap.

Bahan-bahan:
1. Pisang secukupnya. (Uncle pakai 6 biji pisang Australia, tak taw la pisang apa, hiks. Tapi boleh untuk 14 biji pisang).
2. 1 cawan tepung beras.
3. 1 cawan tepung gandum. (Uncle pakai 3/4 cawan je).
4. 1/2  sudu besar baking powder. (Uncle tak de baking powder, instead uncle guna 1/4 cawan self-raising flour).
5. Garam secukup rasa.
6. 1 sudu teh serbuk kunyit.
7. 1 biji telur.
8. Air secukupnya.
9. 2 sudu salted butter. -dipanaskan sehingga cair dan dibiar sejuk.
10. 2 1/2 sudu besar santan serbuk. (Uncle guna cap Ayamas).

Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan-bahan tadi kecuali pisang dan butter. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sambil-sambil tu boleh tuang butter tu dalam adunan.

Nota : sila kacau adunan dengan menggunakan tangan. Jangan guna sudu. Uncle tak tahu kenapa tapi ibu uncle pesan camni. Ohoks.

2. Panaskan kuali dengan minyak. Pisang tu terpulanglah korang nak potong dua ke atau nak buat style omputeh tak perlu potong pisang tu. Celup sekata pisang tu dalam adunan dan bolehlah goreng kalau minyak dah panas.

3. Goreng sampai pisang tu berwarna keemasan. Uncle suka pisang tu rangup dan betul-betul masak. Jadi uncle akan biarlan sampai warnanya gelap keemasan. Jadi terpulanglah mau jadi apa mau jadi hantu mau jadi buaya. Hehe.. so siap suda goreng pisang kita. Boleh la dimakan panas-panas. Selamat mencoba.



Comments

Popular Posts