Eureka Skydeck experience

Another lepak-day in blazin' summer sun. Lol. Serious summer kat sini panas namatey. The highest temperature masa uncle kat sini 45'c. Terkena panas sket berbelang badan haha. Musim panas kat Australia ni start bulan bulan 12 sampai bulan 2, so masa chrismas jangan berangan nak ade saleji lah. Kita panggil Summer Chrismas ok? Haha

**Melbourne city skyline

**Merry Xmas Australia haha.

**temperature hari ni


**masa ni tobat sun burn gila. Balik M'sia family semua bising cakap awat makin hitam kata dok Ostolia? Depa ingat Ostolia ni sejuk cam Iceland ka?

**Eureka Tower, Victoria's tallest building, Australia's 2nd tallest building.

So harini actually kami plan nak naik Eureka Tower kat CBD, tower ni kira iconic landmark untuk Melbourne City la. Standing 297.3 m, located at Southbank prescint. Eureka tower ada the highest public observation deck bukan saja kat Australia tapi kat semua Southern Hemisphere juga untuk pengetahuan korang. Skydeck terletak diketinggian 285 m. 

Untuk harga tiket pulak, tiket skydeck dewasa sahaja berharga $20, kalau korang nak upgrade pakej "the edge", kena tambah $12. Apa tu the edge? Ha kira macam ada 1 platform ni, glass bottom la so korang akan experience macam tergantung 285 m dari ground level, amacam? Uncle tak ambil pakej ni sebab macam tak perlu pun heeee... untuk information lebih lanjut korang Google jelah ok? 

**view mengadap barat Melbourne, kita leh nampak Port Melbourne tak jauh dari sini, pelabuhan paling sibuk kat Australia.

**di sebelah timur menara ni pulak kita leh tengok dengan jelas keseluruhan Melbourne park ataupun sports prescint. Ha kalau korang nak tahu Melbourne ni Australia's sporting capital tau, tu kat bawah sana kita boleh nampak stadium MCG, antara stadium terbesar kat dunia tak silap uncle top 10 with over 100,000 spectator capacity. Sebelah dia yang warna biru-biru tu 'rumah' kepada salah satu antara 4 je acara Grand Slam Tennis yang ada kat dunia; Australian Open, AAMI Park Stadium dan juge litar F1 Albert Park.

**Melbourne skyline dari atas Eureka Tower.

**Yang macam Eiffel tower tu adalah Performing arts centre.

**Maksud sebenar Eureka.


~FM~

Comments

Popular Posts