Day trip to Great Ocean Road

Eyy guys, 

So, we decided to go on a spontaneous day trip to Great Ocean Road, Victoria on 28th November 2015. It's three of us, me, Echa and Pak Willy. Actually Pak Willy is my ex housemate, I mean yeah we stay in the same house for about 6 month masa mula-mula uncle datang Australia and then he moved to another house. Pak Willy ni bukan typical Indonesian, dia graduate from the States, Chicago University, so educated punye orang la. Wife & anak dia masih di Indonesia. Dia ni tempat uncle bergantung harap masa mula-mula kat Oz, selalu tumpang dia ke mana-mana dan dia pun take care kat uncle, just like a big brother. 

**Kuih bom buat bekal makan dalam kereta, beli kat Asian Town, Springvale, Melbourne.
**ngan Pak Willy & Echa

Ok sambung cerita gi day trip to GOR. Actually target kitorang nak pergi sampai 12 Apostles yang faymous namatey tu. Tapi disebabkan kekangan masa dan keesokan harinya adalah hati bekerja Pak Willy, makanya kami pergi setakat yang termampu saja, sampai kat Lorne Beach saja. Not bad et al. Pekan Lorne Beach santek angat.

**uncle kat Split Point Lighthouse, sebelum Lorne Beach. 

So apa Great Ocean Road ni? Actually diorang kata GOR ni adalah "world's most scenic coastal drive" yang terbentang sepanjang 243 km dari Bandar Geelong di barat Kota Melbourne sehingga lah ke Bandar Portland di hujung sebelah barat negeri Victoria terchenta. So jalan kat GOR ni memang tepi laut je. So korang akan nampak view yang tak membosankan dan sangat mengujakan. Tutup aircond kereta & bukak tingkap, rasalah kehebatan tiupan angin pantai yang kencang tapi mendamaikan jiwa heee..Kalau korang nak pergi ke 12 Apostles yang famous tu, memang tak boleh lah day trip. Korang kena bermalam kat Port Campbell ke, mana-mana yang korang rasa korang nak tido la. Tapi jangan risau sepanjang GOR ni banyak Caravan Park korang leh singgah, kalau musim tak berapa nak sejuk, korang boleh berkhemah kat Caravan Park yang banyak tersedia tu, bayaran pula dalam $20 seorang/night termasuk utiliti seperti elektrik dan air bersih. Caravan Park kat Oz ni pulak sangat canggih ok, toilet pun superb bersih, ada pantry dan laundry lagi. So sangat worth it, kalau nak sewa cabin pun ada dalam $80/ night. 


**Lorne Beach Pier

View sepanjang GOR sumpah best gile, sepanjang driving kereta kat jalan tu, uncle nampak banyak haiwan liar native Australia dekat sekeliling, contohnya Kangaroo dan anjing Dingo. Even koala melintas jalan pun ada lol. Dan orang kata kalau bernasib baik korang akan nampak kawanan paus kat laut tu sebab laut sekitar Victoria memang habitat diorang dan laluan ikan paus tu nak migrate ke selatan. Tapi kitorang tak bernasib baik lah hehe. Plus cuaca pun cam tak best, mendung dan hujan renyai. Takde rezeki nak jalan sampai 12 Apostles or Apollo Bay. By the way, satu trip yang sangat ohsem. Lebeh2 lagi adanya Pak Willy, memang kau takkan boring, bercakap je kejenye haha. 

Ni uncle share antara gambar-gambar yang sempat uncle snap. 





**view kat Split Point

~FM

Comments

Popular Posts