Oct 26, 2016

Pengalaman ke konsert Taylor Swift : 1989 World Tour, Melbourne

Hello sekali lagi. 

Ahhaaa this time nak share story pengalaman gi konsert one of the biggest super star on earth. Lagu-lagu minah ni satu-satu meletop kat radio. Sapa lagi kalau bukan Si Taylor Swift. kalau kenalan rapat uncle, diorang tahu lah uncle memang minat si Taylor Alison Swift atau nama glamer nya Taylor Swift dari zaman Uni lagi. Dalam ertikata lain, since die debut dengan first album tahun 2006, since then tak penah tak suke dia especially lagu-lagu dia lah kan. Dan uncle plak memang ade collection album-album dia. 

So dengar pulak dia nak perform live kat AAMI Park Stadium, Melbourne bagi siri konsert jelajah 1989 World Tour yang memang ngah meletup-letup time tu. Dan Melbourne pulak, bandaraya penutup bagi 1989 World Tour Concert tu. Lepas Melbourne, memang dah takde tempat lain as dia nak rehat dari dunia infotainment dan fokus kepada penghasilan album baru yang dijangka keluar tahun 2016 ni juga. Sangat produktif tau T.S ni, lepas satu satu lagu dia letup, se-produktif dia bertukar-tukar pasangan jua haha. Sebut je lagu apa dalam album 1989 tu semua uncle suke. So nak diceritakan uncle pun tak fikir panjang terus beli tiket yang berharga 179 dollar itu. Minat punye pasai kan. Lagi pun nak tunggu dia mai Malaysia tahun bila pulak, and of course tak happening lol. Bila uncle da beli tiket, time tu konon nak gi sorang la sebab kawan-kawan uncle jenis tak berapa layan T.S ni, sekali ehhhh 3 orang nak ikot, si Ijat, Along ngan Ros. So beli lah lagi tiket gi konsert together-gether. Actually si Ijat nak gi tengok konsert Ed Sheeran seminggu sebelum konser T.S cause die memang die hard fan Ed Sheeran tapi takde rejeki tiket da sold out. 

So ni uncle up sket gambar-gambar kat sekitar konsert T.S kat AAMI Park Stadium, Melbourneeee.. so mohon semua Swifties kat Malaysia jeles ok. 💃🏻🙈 uncle siap beli t-shirt original merchandise die, bangga wooo mengkayakan lagi T.S yang memang dah kaye raye.

**Taylor Nation, call me Swifties I don't care lol



**Ni sebelum concert bermula, stadium hampir nak penuh tahap L.

**kat pintu masuk AAMI Park Stadium sebelum concert start. 



**blank space, live at AAMI Park Stadium, Melbourne. T.S 1989 World Tour

No comments:

Post a Comment