Melbourne Zoo

Sebenarnya uncle gi Melbourne Zoo ni dah lama, 12 Disember 2015, baru dan nak up story kat blog ni ha. Uncle sendiri tak ingat bila kali terakhir uncle melawat Zoo Negara kat kL 😂, fikirkan balik semua Zoo sama je kan? Yeke? tapi alang-alang dah kat tempat orang ni uncle belasah jela. Untuk pengetahuan korang, Australia ni ade berpuluh-puluh Zoo dan salah satunya adalah Zoo Melbourne. 

Melbourne Zoo is Australia's oldest zoo and was modeled based on London Zoo and was opened on 6 October 1862, lama kan? Zoo ni juga merupakan Zoo terbesar kat Australia (55 acres) jika nak dibandingkan dengan Taronga Zoo kat Sydney yang famous dan yang salu masuk TV tu. Tapi sebenarnya our Zoo Negara lagi besar dan lebih banyak animals compare dengan Melbourne Zoo hehe. Melbourne Zoo has taken out the honours as home to Australia's best zoo as voted by travellers from around the world recently especially kat Tripadvisor. Tak percaya? Buat la reseach sendirik hahaha. Fasiliti pun sangat lah world class dan modern. Walaupun terletak kira-kira 5km dari CBD, Zoo ni diorang design almost serupa dengan habitat asal haiwan yang tinggal kat situ, umum kita tahu haiwan-haiwan ni sebenarnya stress duduk dalam kurungan tapi bagi uncle, pihak Zoo dah buat yang terbaik dalam memastikan welfare haiwan-haiwan ni terjaga, not that bad at all bila tengok keadaan Zoo yang terjaga macam ni.

So macam mana nak pergi ke Zoo Melbourne ni? Uncle cadangkan korang naik public transport je, sumpah senang namatey. Easy!!

Kalau korang nak naik tram, amek tram no 55 dari Williams street kat CBD, tram ni berhenti betul-betul depan main gate Melbourne Zoo. Tapi uncle sangat-sangat sarankan korang naik Metro Train, 50 kali lebih senang haha. Sebab bagi anda yang datang bercuti ke Melbourne, anda semua MESTI akan singgah ke Flinder Street station or Southern Cross Station. So naik je Metro train dari mana-mana antara dua stesyen tu, amek line ke Upfield, jangan tido dalam train plak, dalam 10 min sampai la stesyen Royal Park, turun lah kat situ. Pastu kena la berjalan sikit dalam 5 min dan sampailah anda ke gate B Melbourne Zoo kat situ pun ada jual tiket. Senang kan? Untuk maklumat timetable train, tram semua korang boleh visit website www.ptv.vic.gov.au atau download je apps ptv kat apps store anda heee.

Ok berapa plak harga tiket nak masuk ni? Some people may say "I'd avoid to visit Australia zoo because we have to pay a heap to see all the animal in captivity." Yes, for me harga tiket dia quite expensive for visitor especially from Asia. Cuba tengok price kat bawah, pahtu darab dengan nilai matawang kita sekarang (RM3.10=$1) mahal kan? 🙈

General admission as below:
Adult             : $31.20
Kid (0-15 y.o) : Free (weekend and PH)
                     : $15.80 (weekdays)


**ni entrance gate B kalau datang dengan metro train sampai Royal Park Station. 

**warung gajah, dekat sinilah kawanan elephant punye enclosure, siap da ade baby elephant. 



**uncle tak suke koala yucks... haha pemalas! 

**ngan doktor Ema (along) & doktor Ros yang bekerja kat Clayton Hospital, Victoria. Heee
**our very own Orang Utan.

**seriously sangat luas zoo ni, ngan panas terik lagi. Uncle penat giler.

**Royal Park Station.

**Meerkat open enclosure. Tapi masa ni semua meerkat hilang ke mana tah panas sangat agaknya. 

**Asian elephant and her calf.

**beware of Sumatran and Malayan Tiger

**apa tah nama makhluk ni, gibbon ke?

**hippo pun ade 🙈


~FM~








Comments

Popular Posts