Note3sixty : Percutian Uncle ke Bali Island, Indonesia

Actually uncle memang nak sesangat post gambar-gambar trip aku ke Pulau Bali, Indonesia secepat mungkin, tapi ya ya...sama excuse, takde masa bla bla bla....Trip uncle ke Pulau Bali, Indonesia ngan seorang kawan pada bulan May. Actually kitorang dah book tiket ni dah lama, masa tu Air Asia ade promo which bagi uncle takde la promo nye sangat....tiket pergi balik dalam RM500.

**sunset at Kuta Beach

Uncle memang tersangatla excited dan ni adalah self reward untuk uncle juga, dah bertahun kerja time ni.

Kami tak amek travel agency dari Malaysia, sebaliknya kami contact terus travel agency di Pulau Bali, bagi sesetengah orang ini mungkin sedikit menjimatkan tapi aku sendiri tak tahu sejauh mana kebenarannya. Well actually kami berada di Bali selama 5 hari 4 malam, dan penginapan pulak di sebuah hotel berkonsep boutique bertaraf 3 bintang iaitu JBoutique Hotel. Sila lihat gambar bilik kami dibawah. Nice kan? Sangat lah selesa okay. Sila click link ni untuk melihat lebih lanjut fasiliti hotel.. http://www.jboutiquehotel.com/

Kalau korang bercadang nak ke Bali, ade beberapa tempat yang aku nak cadangkan yang wajib korang pergi, faham?? huhuh.. Antaranya Tanah Lot, Uluwatu & Taman Ayun Temple. Korang kene pergi sebab kat sini korang akan dapat rasa 'jiwa' Bali yang sebenar. Actually Bali bukanlah sebuah tempat yang kite boleh pergi membeli belah macam Bandung or Medan, main attraction kat sini adalah budaya, senibina dan maybe fesyen kot hahaha... Aku ni pula spisis suke tengok senibina and culture orang. Pantai Kuta pulak memang happening dengan pelbagai aktiviti. Cuma, pada pandangan aku pantai ni takde lah secantik mana macam yang orang hebohkan. Tapi ade banyak lagi pantai kat belah2 lain yang lebih cantik dan masih dara.




Satu benda yang sangat aku particular kat sini adalah food..sangat susah kite nak determine kedai makan atau restoran tu makananye macam mana, well if you get what I mean. 95% dari populasi penduduknye adalah beragama Hindu. Muke memang sama dengan orang Islam Indonesia...tapi kat sini, penduduk muslim hanya lebih kurang 5% sahaja. Sebelum aku berangkat ke Bali, seorang teman sekerja aku which is Muslim pernah rekemen sebuah restoran makanan halal katanya, nama tempat tu Warung Madi if I'm not mistaken...sampai kat Bali aku beriya la cari kedai tu, dengan yakinnyer aku duduk and pelayan tu menu...sekali aku tengokkkkkkkk... "Babi Guling".."Babi itu"..."Babi ini"..bla bla bla....terus aku blah sambil teringat kat kawan aku yang rekemen tuuu hahahaha....Kalau korang nak selamat, pergi lah ke restoran masakan Padang yang lebih terjamin. Nama restoran tu Padi Prada. Well disebabkan makanan halal agak sukar didapati, jangan terkejut if korang tengok senarai harga di kolum sebelah kanan menu hehehe... Aku suka tempat ni dan aku pasti akan kembali satu hari nanti hehehe..sebab ade beberapa lagi aktiviti yang aku nak sangat wat tapi tak kesampaian cth nyer, mendaki gunung berapi etc. Uhmmm sebelum habis, total perbelanjaan aku termasuk hotel, makanan dan flight adalah RM1200.00 tak lebih...ada baki lagi hehehe...



Comments

Popular Posts